Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz.
Sunday, March 28, 2010
Pelancaran buku lancar…
Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz.
9 Bulan Paling Mendebarkan...
Buku ini, cuba memperlihatkan pada kita bagaimana konsep Islam membicara tentang mendidik anak dalam kandungan, seterusnya dari keyakinan bahawa mendidik anak dalam kandungan tidak hanya semata-mata merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan, tetapi merupakan bahagian pelaksanaan, tanggungjawab dan kewajipan dari ibubapa itu sendiri.
Kita tahu bahawa wacana tentang mendidik anak dalam kandungan termasuk dalam wacana yang baru, yang datang pada kita dan dihembuskan oleh angin Barat.
Friday, March 26, 2010
Banjir air, banjir orang...
Adui... ini kena minta rebat dari penganjur. Laluan ke TR2 juga terpaksa ditutup untuk pengujung. Tapi setelah jam 7.00 malam keadaan stabil, air yang dijangka naik sudah mulai surut, alhamdulillah..
Harap-harap tiga hari mendatang ini akan kebanjiran pengunjung.
Sunday, March 21, 2010
Pesta Buku ini...
Bila dah seberang sungai, memanglah jauh. Kena berenang untuk ke
Seberang sungai (Dewan tun Razak 2) lokasi yang memang tak enak. Tahun mendatang dan seterusnya saya tak akan memilih tempat ini. Sedayanya saya elakkan. Jika saya ada enam orang anak untuk di bawa menjelajah ke pesta buku, pasti seberang sungai bukan tempat pilihan saya.
Memenatkan, urat kaki bagai tersimpul kait jika anda berjaya sampai ke seberang sungai dengan jayanya. Bagi anda yang berjaya sampai, bersyukurlah, kerna anda seorang yang hebat.
Tuesday, March 16, 2010
Hitam putih kehidupan ini…
Tulus dalam hidup adalah kejayaan sebenar. Apapun yang kita kerjakan, mesti buat dengan tulus. Ulama terdahulu sangat mengambil berat sumber rezeki, kerna itu sangat mewarnai keperibadian seseorang…, maka berhati-hatilah. Saya dan kita semua.
Monday, March 15, 2010
Mendekatkan anda padaNya...
Lokasi gerai Kemilau Publika tahun ini berada di seberang sungai (dewan Tun Razak 2), nombor gerai F14 & F15. Pastikan anda sempat melewati kami. Diskaun menarik ada, pasti ada. Sila lawati laman sesawang kami http://www.kemilau.com.my/ untuk mendapatkan kupon diskaun. Setiap pembelian RM50 keatas akan mendapat paper bag percuma (gratis) dari kami.
Saturday, March 13, 2010
Dekatnya Kematian...
Syurga merupakan tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang tak dapat dibayangkan oleh mata. Watak sebenar manusia, ia takkan mahu berkorban jika tiada harapan balasan yang diperolehinya. Untuk itu, berharap syurga dan terhindar dari neraka, boleh menjadi pemicu tegarnya keimanan.
Bahkan, untuk mempertahankan ketegaran iman para sahabatnya, Nabi saw sering mengingatkan mereka dengan kenikmatan syurga. Ketika mengetahui siksaan yang dialami oleh keluarga Ammar bin Yasir, beliau mengatakan, ”Bersabarlah wahai keluarga Yasir, tempat kamu semua nanti di syurga.”
Sebaliknya, ketika mengingat dahsyatnya azab dari Allah, akan menyedarkan manusia bahwa seberat apa pun ujian di muka bumi ini tidaklah seberat jika dibandingkan dengan azab di akhirat kelak. Allah menggambarkan salah satu bentuk dahsyatnya siksaan di neraka dengan firman-Nya,
Monday, March 8, 2010
Tak mampu keajaiban...
Nabi saw bersabda, "Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka." (HR Imam Ahmad, at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Bila Rasulullah sudah berdoa begini untuk saya dan kita semua, maka keberkatan menyusul pada kita yang berbisnis, bertani, membaca, menghafal, berjihad dan semua yang baik. Solat subuh adalah kunci. Orang yang lalai solat subuh berjamaah adalah orang yang pemalas. Ia juga kayu pengukur sifat kemunafikan.
Alhamdulillah, Islamic Bookfair 2010 di Jakarta memang mengujakan. Macet (sesak) adalah lumrah bagi rakyat Indonesia.Negara yang ke 4 di dunia punyai penduduk teramai. Banyak judul baru yang menarik. Kunjungan saya kali ini saya coba mendekati Mirqat Publishing, antara penerbit unggul di Indonesia. Insyalah kerjasama akan ada. Selain Mirqat, saya juga telah membeli naskah dari Arafah Group Publishing, juga penerbit besar.
Moga cita-cita saya sukses dan mendapat redho Allah Swt. Harap teman-teman dapat mendoakan saya. Sebagai penerbit kecil lagi muda, saya mahu belajar segalanya. Saya insan biasa tak mampu keajaiban.
Sunday, March 7, 2010
Perhatianku beralih…
Walaupun pesawat bergoncang kuat, jantung bagai digegarkan, namun semangat saya membara. Saya tidak menyalahkan awan, tidak juga menyalahkan mendung yang membuat pesawat goncang. Kerna awan dan mendung bukanlah musibah. Tatkala, sebelum saya naik pesawat, awan dan mendung udah ada disitu. Namun, ada yang mengusik rasa hati saya. Rasa-rasa yang membuat saya suka, minat padanya. Alihan tumpuan saya hanya padanya, mahu dapatkannya. Mengapa? entahlah.
Saya serahkan pada Allah, agar ianya datang sendiri. "Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya." (An-Nahl: 1)
Bila ia datang. Saya akan katakan, "mari kesini hampir, saya mahu". Dari jauh saya datang, bukan hanya mahu bertanya. Saya mahu terus. Cash kan ia untuk saya. Saya tak mahu memetik buah yang belum matang.... menjauhi samar-samar. Tetapi, walaupun rasa ini adalah kebahagiaan dan keindahan, tapi ia masih lagi dialam ghaib, belum menyentuh dunia.
Saya mahukannya seperti mereka yang pernah. Ya Allah, hambamu ini sering tertekan dengan rasa ini. Rasa-rasa yang sangat dalam rasanya. Itu cita-cita saya, bukan anganan. Berawal dari saya kenal rasa ini, saya sering kalah. Oleh itu, lagi sekali...biar ia datang sendiri.
Thursday, March 4, 2010
Belajar dari yang lebih tahu…
Berjalan, menyeberang, menjelajah ke suatu setuasi yang baik adalah idaman saya. Dan idaman semua. Menjadi penerbit buku bukan mudah, kerna perlu ada ramai kenalan dan rangkaian. Apa yang saya perhatikan dalam dunia penerbitan, mereka yang punyai kenalan dan rangkaian akan sukses. Saya belajar itu. Saya mahu itu.
Maka, saya
Tapi, saya mahu dapatkan ia kerana Allah. Cita-cita kerana Allah, bukan kerna yang lain.
Kata hikmah, “Siapa yang cita-citanya hanya untuk syahwatnya dan mencari kenikmatan hidup semata, maka banyak kegagalan akan ditemui, terserlahlah kekurangan dan keaiban.”
Nota: Imam Nawawi meninggal dunia tika umur 40 tahun dan meninggalkan warisan penulisan yang sangat besar.
Tuesday, March 2, 2010
Usah dipupus ia...
Hadapkan wajah hanya untuk Allah. Hidup adalah pemberian dari yang maha memberi. Dia juga yang berkuasa mengambil kembali. Dialah ALLAH, rabb yang mengatur hidup kita. Cintailah dia, rinduilah dia. Rasa-rasa itu (cinta & rindu) usah dipupus ia. Nikmati keharuman di laman keasyikanNya…Subhanallah!
Monday, March 1, 2010
Belajar Dari Perang Khandaq
Rasulullah saw dan kaum Muslimin tetap berada di Madinah, sedangkan pihak musuh terus mengepung mereka. Namun perang tidak meletus. Beberapa tentera berkuda Quraisy, antaranya Amr bin Abdu Wudd, Ikrimah bin Abu Jahal daripada Bani Makhzum, Hubairah bin AbuWahb daripa da Bani Makhzum, dan Dhirar bin Khathab bin Mirdas saudara Bani Muharits bin Fihr bersiap-sedia untuk berperang dan keluar dengan menunggang kuda. Ketika berjalan melewati kampung-kampung Bani Kinanah, mereka berkata, “Wahai Bani Kinanah, bersedialah kalian untuk berperang. Pada hari ini kalian akan tahu siapa sesungguhnya pasukan berkuda itu.”
Selesai berkata begitu, orang Quraisy tersebut berlari kencang dengan kuda-kuda mereka hingga tiba di tepi parit. Ketika melihat parit, mereka berkata, “Demi Allah, ini tipu muslihat yang tidak pernah dibuat oleh orang Arab.”