
Saturday, May 28, 2011
BerCinta Kerana ALLAH!

Monday, May 9, 2011
Walau susah jangan lupa sedekah...
” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).
Sunday, February 6, 2011
Sunday, December 26, 2010
Segera Terbit! "MENYUKAT IKHLAS DIRI"
> Apa yang boleh diharapkan dari kehidupan ini apabila jauh dari sisi-sisi keikhlasan? Apakah bekal hidup kita di akhirat, apabila diri kita kosong dari perilaku ikhlas? Apakah yang boleh dibanggakan dari kehidupan kita apabila hampa dari nilai-nilai keikhlasan? Sungguh kita bakal rugi dalam erti yang sesungguhnya, bukan sahaja dalam kehidupan ini, tetapi juga di akhirat kelak.Maka, marilah bersama-sama memohon kepada Allah agar diberkati hidup ikhlas, serta kita dipimpin oleh-Nya untuk mampu memaknakan dan menerapkan kandungan al-Quran. Mari memohon kepada Allah, agar kita boleh melaksanakan wasiat agung Rasulullah, sebagaimana sabda baginda. “Agama ialah keikhlasan (kesetiaan atau ketaatan).” Kami lalu bertanya. “Ketaatan kepada siapa wahai utusan Allah?” Rasulullah menjawab, “Kepada Allah, kepada kitab-Nya (al- Quran), kepada Rasul-Nya, kepada penguasa muslimin dan kepada rakyat awam.” (HR. Muslim)
Friday, December 3, 2010
Ketakutan palsu pada Maut
"Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (al-Insan 33)
Tuesday, November 2, 2010
Buku Baru!

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.
Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!
Monday, September 27, 2010
Mempertahankan diri dari setan
Tidak ada cara lain melawan musuh nombor wahid dalam dunia (setan), melainkan dengan ayat-ayat Allah swt. Zikir adalah timbunan peluru yang bikin setan terkangkang hangus. Bila setiap hari kerja setan merosakkan manusia, maka hari-hari manusia perlu kepada zikir melawan setan. Juga mempertahankan diri. Disamping zikir juga adalah amalan untuk mendapat keredaan Allah swt.
Baiknya zikir diawal pagi dan petang. Allah swt berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, banyaklah kamu mengingat nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang.” (QS. Al-Ahzab: 41)
Thursday, September 9, 2010
Thursday, June 3, 2010
Friday, May 7, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Di manakan dicari ganti...
Mana nak cari pemimpin serta ulama' yang sebegini. Dekat di hati rakyat. Beliau tak kesah dikerumuni rakyat yang inginkan sentuhannya. Sedikitpun tidak ada keluhan, apalagi menolak kehendak rakyatnya."Wahai Allah, muliakanlah kami bersama Tok Guru Nik Aziz, di zamannya".
Dua hari di Kelantan menjengah Tok Guru. Beliau nampak sihat, alhamdulillah. Kehadiran saya ingin mendapatkan sentuhan beliau untuk buku berjudul " TOKOH BESAR GERAKKAN ISLAM DALM SEJARAH". Buku biografi pemimpin gerakkan Islam sedunia ini bakal terbit Jun 2010 hasil tulisan YB Saari Sungib (Adun Hulu Klang). Setelah usai majlis tahnik di masjid, maka saya dijemput ke rumah beliau.
Monday, April 19, 2010
PRK Hulu Selangor...bahang
Kehangatan PRK Hulu Selangor>> Ia memang dinanti-nanti oleh pengemar SUP 888 @ SUP UTARA , juga kaki sorak & kaki mem'BOO' Umno/BN. Memang seronok!
Tuesday, April 13, 2010
Sesungguhnya...
"Sesungguhnya ALLAH berfirman pada hari kiamat kelak, “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku." (Sahih Muslim)
Thursday, April 8, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Buku Baru!!!
Terbitan April 2010Judul: ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’
Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Sunday, March 28, 2010
Pelancaran buku lancar…
Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz. 9 Bulan Paling Mendebarkan...
Bakal Terbit! April 2010Buku ini, cuba memperlihatkan pada kita bagaimana konsep Islam membicara tentang mendidik anak dalam kandungan, seterusnya dari keyakinan bahawa mendidik anak dalam kandungan tidak hanya semata-mata merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan, tetapi merupakan bahagian pelaksanaan, tanggungjawab dan kewajipan dari ibubapa itu sendiri.
Kita tahu bahawa wacana tentang mendidik anak dalam kandungan termasuk dalam wacana yang baru, yang datang pada kita dan dihembuskan oleh angin Barat.
Friday, March 26, 2010
Banjir air, banjir orang...

Adui... ini kena minta rebat dari penganjur. Laluan ke TR2 juga terpaksa ditutup untuk pengujung. Tapi setelah jam 7.00 malam keadaan stabil, air yang dijangka naik sudah mulai surut, alhamdulillah..
Harap-harap tiga hari mendatang ini akan kebanjiran pengunjung.
Sunday, March 21, 2010
Pesta Buku ini...

Bila dah seberang sungai, memanglah jauh. Kena berenang untuk ke
Seberang sungai (Dewan tun Razak 2) lokasi yang memang tak enak. Tahun mendatang dan seterusnya saya tak akan memilih tempat ini. Sedayanya saya elakkan. Jika saya ada enam orang anak untuk di bawa menjelajah ke pesta buku, pasti seberang sungai bukan tempat pilihan saya.
Memenatkan, urat kaki bagai tersimpul kait jika anda berjaya sampai ke seberang sungai dengan jayanya. Bagi anda yang berjaya sampai, bersyukurlah, kerna anda seorang yang hebat.









