Thursday, July 16, 2009

"Mutiara Minda" ruang untuk buku melayu

Dulu sekitar awal 90an, amat payah mencari buku-buku melayu di MPH Bookstore. Orang seperti saya yang hanya ada pandang sisi saja pada bahasa Inggeris, hanya baca tajuk aje lah!. Bila masuk MPH masa tu rasa asing, sebabnya macam saya sebut tadi. Satu lagi sebabnya, bukunya agak mahal. Nak beli buku kena pergi kedai tradisional atau kedai mamak.

Zaman berubah, susasana berbeda. Nilai bertambah, jiwa kian besar. Orang macam saya tidak rasa kerdil lagi bila cari buku di MPH. Rasa dah ada duit pun ada, rasa teruja pun ada. Rasa bangga pun ada. Entahlah, itu hakikatnya bila kita dah terjebak dengan dunia buku ni.

Petang tadi saya melihat-lihat pelancaran Pesta buku MPH yang diwar-warkan dengan nama "MUTIARA MINDA". Ia berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Wah! sungguh hebat sekarang buku-buku melayu. Udah dipeduli oleh mereka. Bagus bagus... buku saya pun boleh tompang sekaki. Tahniah MPH!

Tuesday, July 14, 2009

Untuk Remaja


Pasaran buku negara agak slow, kata otai-otai pengeluar buku. Saya rasa gelisah juga, {Bebaskan diri dari Gelisah} >> staff makin ramai perlu dijagai. Macamana nak survive kalau buat buku tak boleh jual. Maklumlah small Malaysian business, yang mula akan merasa kesan merudumnya pasaran buku adalah orang macam saya. Kecil jualannya, maka kecil lah masyuknya.

Jejak saya ke Jakarta baru-baru ini melihat buku-buku di sana agak menghairahkan. Saya seperti mendapat semangat baru, lalu menengahi kegelisahan {Bebaskan diri dari Gelisah}. Dapatlah saya berjumpa dan berkenalan dengan beberapa penerbit di sana. Maka, insyaallah! DEAL telah dibuat dengan mereka untuk meMalaysiakan buku-buku Indonesia terbitan terbaru. Kali ini saya cuba mengalokasikan wacana berkisar tentang remaja@orang muda. Mudah-mudah usaha ini ada hasil, yang kebaikannya untuk semua.
Sebahagian buku-buku yang sempat saya kutip dari penerbit di Jakarta

"...jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." -Yusuf 87

Sunday, July 12, 2009

Bicara buku sukses

Ust. Zamri dari radio ikim.fm, memulakan bicara bersama ahli panel jemputan

Jam 5.00 petang telah menunjukkan diri, tapi pentas tempat berlangsungnya Bicara Buku "Wajah Baru Politik Malaysia" (tulisan Dr. Mujahid Yusof) belum tersedia. Malah kelihatan anak-anak ralit dengan melukis-lukis. "Mungkin ada pertandingan kot.." kata hati saya.

Jam 5.15, Dr. Dzul Ahmad (MP Kuala Selangor), Hj Annual Bakri serta Ann Wan Seng selaku ahli panel dan Ust. Zamri ikim selaku moderator tiba serentak.Lalu saya bergegas mencari urusetia agar pendekkan waktu melukis, kerna saya tidak mahu ahli panel program ini menunggu terlalu lama. Program sepatutnya bermula jam 5.00 petang, alhamdulillah segala kegelisahan bebas. {Bebaskan diri dari gelisah}.

Apa yang dirancang berjalan dengan baik. Sambutan amat luar biasa dari biasa..(puji diri sendiri ekk!) Ini menurut riwayat sahabat urusetia Karnival buku Bangi.
Orangramai khusyuk mendengar kepetahan bicara dari panelis
Segenap ruang dipenuhi dan kegembiraan terpancar pada wajah peniaga-peniaga buku. Apalagi saya...juga staff saya yang tak kenal penat, terima kasih semua!

Friday, July 10, 2009

La ilaha ilallah...masuk syurga


Kalau sudah MUDAH masuk syurga mengapa enggan! Mahukah Anda menempuh jalan ke syurga? pasti anda menjawab Ya! Tetapi…”. Selanjutnya anda akan memberikan bermacam alasan, “Saya sangat sibuk dengan pekerjaan saya, sehingga tidak mungkin untuk memfokuskan banyak masa untuk beribadah…” “Tetapi saya merasa tidak mampu mengerjakan solat malam sebelas rakaat…” “Tetapi saya tidak mampu mengkhatamkan Al-Quran dalam sebulan, apalagi setengah bulan, apalagi seminggu…”

"Siapa yang mengucapkan tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah dengan jujur dari lubuk hatinya, maka Allah mengharamkannya masuk neraka" (hr Bukhari).

Jadi, hormatilah hidup ini yang Allah beri kepada kita untuk menyembahNya. Agar kita menjadi seperti Allah nyatakan "...Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (al-Bayyinah-8)

Keindahan syurga adalah keindahan yang sejati, alami dan kekal abadi. Tak tergapai oleh akal, walau dikhayal oleh pangkhayal profesional sekalipun.

" Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda.." (al-Waqiah-17) " dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang sentiasa dara..." (al-Waqiah-36)

Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar
Mengapa hati ini terpaut pada yang diciptakan
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan
Lebih suci dan utama...

(Sebahagian lirik lagu group Al Wadi)


Aduhh... sedap lagu ni.... teringat! teringat!

Wednesday, July 8, 2009

Pedang samurai di leher...rompak siang hari

Sewaktu pulang dari makan tengahari bersama Mr Ravi (Tukang cetak buku saya), kami sembang santai di pejabat. Tiba terdengar bunyi orang menjerit kegilaan.... ingatkan budak menangis! Bila saya selak tirai tingkap pejabat dari tingkat satu, saya dapati seorang dari tiga penyamun sedang menarik seorang wanita keluar dari kereta Mercedes...sambil memegang pedang samurai yang di letakkan di leher wanita itu.

Mr. Ravi terus berlari ke bawah cuba untuk membantu... tetapi penyamun berkenaan sudah hilang dari pandangan.

Jantung saya bagaikan injin motor bot laju bergegar! Si penyamun durjana terus melarikan kereta wanita tersebut dengan lajunya...dan saya perhatikan penyamun yang duduk di tempat duduk belakang menyelongkar beg tangan mangsa dengan rakusnya. Mercedes berkenaan kemudian diekori oleh sebuah kereta proton perdana berwarna gray. Oleh kerana kejadian agak pantas berlaku, saya tak sempat merakam atau mengecam apa-apa. Aduh! sedangkan di meja saya ada videocam. Yelah, bila dah kelam kabut susah nak bertindak sebetulnya.

Selepas itu, saya pun turun melihat-lihat keadaan wanita berbangsa Cina itu....dalam keadaan mengeletar tubuhnya. Mr. Ravi meminjamkan telefon bimbitnya kepada wanita malang tersebut bagi menghubungi pihak Polis.

Siang pun kena rompak...malam apalagi!

Sunday, July 5, 2009

Mengumandangkan kemanfaatan kepada manusia


Hepi Andi Bastoni adalah penulis buku belajar dari dua Umar. Buku yang saya terbitkan pada bulan april 2008, kini sudah diulang cetak empat kali. Saya masih meminang beliau agar menulis lagi tentang konsep yang sama. Alhamdulillah, pada pertemuan di Hotel Seri Varita, Jakarta baru-baru ini beliau menerima pinangan saya. Beliau menyerahkan skrip baru yang bertajuk "Belajar Dari Perang Uhud". Insyallah, buku ini dalam proses alihbahasa dan akan diterbitkan September mendatang.Beliau seorang yang sangat terbuka dan ramah, senang diajak berbincang. Beliau yang juga merupakan Ketua Pengarang di majalah Al-Mujtama' sangat bebesar hati bekerjasama dengan kami.

Saya juga mencadangkan agar beliau menulis tentang sirah perang-perang yang ada pada zaman Nabi Saw dan zaman para sahabat secara bersiri.

Mudah-mudahan kami dikira pejuang-pejuang Islam yang mengumandangkan kemanfaatan kepada manosia. Iaitu, dengan berkarya dan menerbitkannya. Yang menggadaikan hari-hari demi meninggikan kalimah Allah. Ameen...




Dari kiri: Annual Bakri, Hepi Andi dan saya

Friday, July 3, 2009

Berubahlah, agar hidup terus hidup!


Kadang hidup yang main-main tak memadai dengan jerih payah mendapatkan hidup. Keliling-kelalang orang masih hidup dengan main-main. Tak tahu tujuan sebenar hidup, bagaimanakah menjadi manusia yang bukan main. Kita arah begini, dia pusing ke sana....bingung ya! Hidup yang tidak ditatang akan ditentang kehidupan hidup.

Maka, terjadilah sekian banyak manosia yang kita saksikan tak tentu hala. Putus asa, kecewa... bila ditegur jadi barah pekasam masam. Bahkan, boleh jadi bunuh diri, semangat mati hanya kerna alasan kenit saja. Hiduplah dengan hidup, agar bangsa tidak jadi buih di laut. Disepak tendang sana sini.

Ayuh! kawan-kawanku... kita sama-sama bernafas, akan lebih mulia nafas orang yang faham tujuan hidupnya.