Monday, April 19, 2010
PRK Hulu Selangor...bahang
Kehangatan PRK Hulu Selangor>> Ia memang dinanti-nanti oleh pengemar SUP 888 @ SUP UTARA , juga kaki sorak & kaki mem'BOO' Umno/BN. Memang seronok!
Tuesday, April 13, 2010
Sesungguhnya...
"Sesungguhnya ALLAH berfirman pada hari kiamat kelak, “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku." (Sahih Muslim)
Thursday, April 8, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Buku Baru!!!
Terbitan April 2010Judul: ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’
Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.
Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Sunday, March 28, 2010
Pelancaran buku lancar…
Majlis pelancaran buku “Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhamad, Polemik Kalimah Allah & Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz” yang berlangsung di PWTC baru-baru ini meriah serta mendapat sambutan. Pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) yang juga pengerusi IKDAS.
Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz.
Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz. 9 Bulan Paling Mendebarkan...
Bakal Terbit! April 2010Buku ini, cuba memperlihatkan pada kita bagaimana konsep Islam membicara tentang mendidik anak dalam kandungan, seterusnya dari keyakinan bahawa mendidik anak dalam kandungan tidak hanya semata-mata merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan, tetapi merupakan bahagian pelaksanaan, tanggungjawab dan kewajipan dari ibubapa itu sendiri.
Kita tahu bahawa wacana tentang mendidik anak dalam kandungan termasuk dalam wacana yang baru, yang datang pada kita dan dihembuskan oleh angin Barat.
Subscribe to:
Posts (Atom)





