Thursday, January 28, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Zaman berzaman...
Bersama band; selepas menerima platinum sebagai finalis "Battle of the band Selangor" tahun 1990. dari kiri, Johari, Suhaimi, Rosli & Masri“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ ayat 32)
Muzik bagi saya (ini cara fikir zaman dulu) adalah sebahagian kehidupan. Tanpa muzik hidup sunyi dan kosong. Kini saya sudah buang rasa itu ke sungai Kelang, ia hanyut entah ke mana. Nabi kita yang agung; Muhammad SAW mengajar, bukan itu cara hidup. Ulanglah selawat ke atasnya berkali-kali. Sesudah mengetahui ada darjat di syurga, buatlah amalan yang meninggikan darjat kita semua. Dan tinggalkanlah perkara yang tiada berkait dengan kita. Tulus dalam hidup adalah fundamental!
Siri BELAJAR ROMANTIS
Tiga Baik dan Tiga Buruk
Rasulullah pernah menjelaskan beberapa faktor menyemai kebahagiaan dalam rumah tangga terutama bagi suami.Antaranya adalah kehadiran wanita solehah di dalam rumah
“
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, II: 175, juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Beliau berkomentar, “Sanadnya sahih berdasarkan sistem periwayatan al-Bukhari dan Muslim.”)
Wanita yang solehah adalah wanita yang baik kepada sesiapapun yang ada di sekelilingnya dan menjadi sumber inspirasi bagi bermacam-macam kebajikan di alam sekitarnya serta lingkungannya, juga memberinya insiprasi agar sentiasa mempertahankan kesolehannya. Itulah sumber kebahagiaan sejati.
bersambung....
Tuesday, January 26, 2010
Hidup Sekali, bermanfaatlah selamanya...
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah". (Surah Ali Imran, 110)
Bersemangat untuk mendapatkan kemuliaan dan kehormatan. Menatap keagungan dan kemenangan. Hidup dengan kondisi yang beragam memerlukan kekuatan yang terjangkau. Jika kita sebagai orang soleh, harus mengerjakan amal yang agung. Dan merealisasikannya. Datang dan pergi membawa pahala. Kadang kita dicela, kita merasakan ini sunah Nabi. Memang Nabi pun demikian hidupnya, kata kita. Kadang kita dicela, kita merasa tak dimuliakan masyarakat dan tidak bermanfaat.
"Barang siapa yang memberi contoh kebaikan dalam Islam, maka baginya pahala tersebut dan pahala orang yang melakukan kebaikan setelahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun" (HR Muslim)
Adakah semalam kita berpesan pada kebaikan...? Jika tiada, mulakan hari ini.
Monday, January 25, 2010
Andaiku punya kuasa SAKTI... kenal pembeza!

SUDAH TERBIT!
Harga RM15.00
Karya: Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.
Tok guru Nik Abdul Aziz membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Mari kita selak naskah ini, agar dapatl kita menerobos celahan kesamaran.
www.kemilau.com.my
Friday, January 22, 2010
Bakal Terbit! Februari 2010
"Saat suami lebih menghargai isteri dan isteri menghormati suami" Sudah romantis, solehah pula.Wanita akan menjadi semakin cantik di hadapan suaminya, ketika dia mampu menyimpan kecantikan itu untuk diri suaminya sahaja dan saat dia menghiasi dirinya dengan keindahan akhlak, kesucian hati dan kesantunan tutur katanya.
Wednesday, January 20, 2010
Pelancaran buku

Harapan saya, tenanglah pagi jumaat ni (22.1.2010). Krew Rijal Media sedang mengatur sesi pengWar-waran buku terbarunya. Lokasi di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu Kelantan.

Sesi terjahan ini hanya berharap pada Allah sahaja. Moga ianya menjadi, insyallah. Saya udah pakatan rakyatkan semua sahabat-sahabat di


