Wednesday, February 10, 2010
Monday, February 8, 2010
Ibunda Hajar; Kekuatan cinta, Iman...
Sudah dipasaran!Judul: IBUNDA HAJAR
Penulis: Dedi Ahimsa
Harga: RM15.00
Siti Hajar adalah seorang wanita biasa yang akhirnya meninggalkan sejarah yang luar biasa. Hasil sejarah daripada kisah Siti Hajar ini menjadikan kawasan tanah yang dahulunya tandus kini menjadi tempat tumpuan umat Islam di seluruh di dunia (Mekah). Sehingga kini juga kedinginan air telaga zam-zam masih dapat dirasai dan tidak putus-putus membawa nikmat kepada seluruh umat Islam.
Selagi nafas masih berhembus, selagi dada masih bergetar, selagi kalimah Allah masih bersambung di muka bumi ini, maka dengan itu juga kisah Siti Hajar terus menerus akan melekat di sanubari umat Islam sebagai ikon wanita Islam yang begitu dicemburui keteguhan Imannya.
Walaupun diduga dengan seribu rintangan dalam melestari cintanya terhadap Nabi Ibrahim, pegangannya pada agama Allah tetap utuh dan padu. Begitu juga perasaan dan emosi cintanya pada Nabi Ibrahim bagai obor yang menyala, tetap merah dan tidak pernah terpadam, biarpun terasing jauh di gurun yang tandus.
Demikian rakaman sejarah keutuhan cinta terhadap Allah dan suami. Hajar telah melakarkannya, dan pasti dapat menjadi pedoman untuk setiap insan bergelar wanita.
Nota: Dapatkan disemua rangkaian kedai buku MPH, Popular, Gramedia, SMO (Pantai timur) & kedai buku berhampiran anda!
Friday, February 5, 2010
Tahniah puteriku...

Nurjannah (12thn) adalah pelajar Mahaad Tahfiz Darul Furqan, Gombak.
Sunday, January 31, 2010
Bertanyalah...
Sedangkan matahari tiap hari bertanyakan Allah, "Wahai Allah.. hari ini arah manakah akanku terbit? maka Allah menjawab, "Naiklah dari arah timur dan turunlah ke barat". Matahari yang sekian hari memberi khidmat kepada kita pun masih bertanyakan Allah untuk kerja-kerja yang sudah rutin baginya. Apakah kita begitu? Apakah amalan kita begitu?
"dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah Yassin ayat 38.
Friday, January 29, 2010
Ya Allah... aku suka!
Riwayat Nabi Ayyub as adalah pengajaran yang mudah sebagai perbandingan. Bayangkan, andai kata kita menjadi orang kaya, punya isteri cantik dan punyai anak-anak yang berjaya, kemudian Allah 'mengambilnya' semuanya, Apakah kita tidak tertekan? Namun, tidak demikian Nabi Ayyub as. Beliau sabar dan syukur tika diuiji Allah. Malah, beliau dimuliakan Allah setelah itu.
Ulser dan Uzlah
Sakitnya hanya Allah yang tahu. Seluruh tubuh diragut dari kestabilan normal. Malah dibelakang normal. Lalu, apa yang kita hendak lakukan? Mahu menuntut Tuhan? Melakukan perlarian yang tidak bermanfaat?. Kita hanya ada pilihan dengan mengatakan, Ya Allah...aku suka engkau menegurku! Engkau memerhatiku! Dan rasa sakit bagai tiada bila kita selalu berfikir akan kebesaranNya, maka kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita.
Rm10 letakkan di dalam poket bukan di dalam hati. Agar mudah ia dikeluarkan.
Thursday, January 28, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Zaman berzaman...
Bersama band; selepas menerima platinum sebagai finalis "Battle of the band Selangor" tahun 1990. dari kiri, Johari, Suhaimi, Rosli & Masri“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ ayat 32)
Muzik bagi saya (ini cara fikir zaman dulu) adalah sebahagian kehidupan. Tanpa muzik hidup sunyi dan kosong. Kini saya sudah buang rasa itu ke sungai Kelang, ia hanyut entah ke mana. Nabi kita yang agung; Muhammad SAW mengajar, bukan itu cara hidup. Ulanglah selawat ke atasnya berkali-kali. Sesudah mengetahui ada darjat di syurga, buatlah amalan yang meninggikan darjat kita semua. Dan tinggalkanlah perkara yang tiada berkait dengan kita. Tulus dalam hidup adalah fundamental!


