
13.12.09 (Ahad) saya bertemu dengan dua sosok yang hebat. Pertama Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), kedua En. Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah) sahabatku.Bersama Dato’ Tn Ibrahim saya berurusan berkaitan penerbitan buku (apalagi). Saya mendapat persetujuannya untuk menerbitkan karya beliau (masih dalam proses mencari bahan untuk transkrip). Beliau memberi senaskah skrip berbentuk fotostat berjudul “DUA KALIMAH SYAHADAT -Aqidah itu adalah mudah”. Beliau mencadangkan agar diterbitkan bersama catatan beliau. “Buku ni bagus, kawan saya tulis”, katanya. Saya kata “OK” no problem!.
Perihal sahabatku ini, En. Lutfi, beliau masih lemah. Tapi bersemangat berbual hal pengalamannya melalui proses operasi “bypass” jantung (kalau tak salah gitulah ayatnya). Dijolok di pakal peha hingga ke saluran yang tersumbat. Katanya, Isnin 14.12.09 operasi kedua, selepas operasi pertama dua jumaat yang lalu.
Panjanglah sembang kami. Hingga dia menyebut tentang pembiaya operasinya. Masih kabur, tapi ada sahabat yang prihatin. Dalam RMnya hampir RM50K.
Saya sangat mengambil emosinya untuk pesanan diri. Hal laku kita yang jaya akan dilupakan, yang sedikit buruk kerna kelalaian kita akan di perbahaskan. Saya sentiasa berdoa untuknya, agar sembuh seperti sedia kala.
Buku; Insyallah… catatan hujung En. Lutfi akan diterbit (dibukukan) sedikit masa lagi. Bagi peminat Ahmad Lutfi Othman yang ingin miliki kompilasi tulisan beliau, nantikan terbitannya.
“Yang berperanan, rugi jika hilang. Yang hilang sukar berjumpa lagi”
“Jangan jadi macam ketupat, dianyam penuh seni. Dimakan hanya isi”









