Sunday, December 26, 2010

Segera Terbit! "MENYUKAT IKHLAS DIRI"

> Apa yang boleh diharapkan dari kehidupan ini apabila jauh dari sisi-sisi keikhlasan? Apakah bekal hidup kita di akhirat, apabila diri kita kosong dari perilaku ikhlas? Apakah yang boleh dibanggakan dari kehidupan kita apabila hampa dari nilai-nilai keikhlasan? Sungguh kita bakal rugi dalam erti yang sesungguhnya, bukan sahaja dalam kehidupan ini, tetapi juga di akhirat kelak.

Maka, marilah bersama-sama memohon kepada Allah agar diberkati hidup ikhlas, serta kita dipimpin oleh-Nya untuk mampu memaknakan dan menerapkan kandungan al-Quran. Mari memohon kepada Allah, agar kita boleh melaksanakan wasiat agung Rasulullah, sebagaimana sabda baginda.
“Agama ialah keikhlasan (kesetiaan atau ketaatan).” Kami lalu bertanya. “Ketaatan kepada siapa wahai utusan Allah?” Rasulullah menjawab, “Kepada Allah, kepada kitab-Nya (al- Quran), kepada Rasul-Nya, kepada penguasa muslimin dan kepada rakyat awam.” (HR. Muslim)

Friday, December 3, 2010

Ketakutan palsu pada Maut

Ketika melihat musibah menjengah orang lain, kita terasa seperti tidak akan terkena. Juga terkadang, semacam kita tidak punya hati bila mendengar atau melihat musibah yang terkena pada saudara kita yang lain. Bila ia menimpa kita, maka seolah merasa tuhan tidak adil. Malah, bersoal; mengapa aku? Begitulah sebaliknya. Memang kita selalu sukakan yang riang mengelilingi hidup. Musibah dan tenang datang dan pergi. Sabarlah; jangan takut mendepani. Jangan takut yang palsu.

"Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (al-Insan 33)

Tuesday, November 2, 2010

Buku Baru!


SEGERA TERBIT! BEGITU ROMANTIS RASULULLAH>> Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu. Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Monday, September 27, 2010

Mempertahankan diri dari setan

Tidak ada cara lain melawan musuh nombor wahid dalam dunia (setan), melainkan dengan ayat-ayat Allah swt. Zikir adalah timbunan peluru yang bikin setan terkangkang hangus. Bila setiap hari kerja setan merosakkan manusia, maka hari-hari manusia perlu kepada zikir melawan setan. Juga mempertahankan diri. Disamping zikir juga adalah amalan untuk mendapat keredaan Allah swt.

Baiknya zikir diawal pagi dan petang. Allah swt berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, banyaklah kamu mengingat nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang.” (QS. Al-Ahzab: 41)

Thursday, September 9, 2010

Salam Eidulfitri kepada semua...

Lemang dan rendang aku dah siap
wajah anak-anak tika di kampung.... terkenang semasa aku kecil dulu.

Thursday, June 3, 2010

Tuesday, May 4, 2010

Di manakan dicari ganti...

Mana nak cari pemimpin serta ulama' yang sebegini. Dekat di hati rakyat. Beliau tak kesah dikerumuni rakyat yang inginkan sentuhannya. Sedikitpun tidak ada keluhan, apalagi menolak kehendak rakyatnya.

"Wahai Allah, muliakanlah kami bersama Tok Guru Nik Aziz, di zamannya".

Dua hari di Kelantan menjengah Tok Guru. Beliau nampak sihat, alhamdulillah. Kehadiran saya ingin mendapatkan sentuhan beliau untuk buku berjudul " TOKOH BESAR GERAKKAN ISLAM DALM SEJARAH". Buku biografi pemimpin gerakkan Islam sedunia ini bakal terbit Jun 2010 hasil tulisan YB Saari Sungib (Adun Hulu Klang). Setelah usai majlis tahnik di masjid, maka saya dijemput ke rumah beliau.

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor...bahang

Lama tak bersua... kata Dr. Lo lo
"Belajar dari Perjanjian Hudaibiyyah"

Kehangatan PRK Hulu Selangor>> Ia memang dinanti-nanti oleh pengemar SUP 888 @ SUP UTARA , juga kaki sorak & kaki mem'BOO' Umno/BN. Memang seronok!

Tuesday, April 13, 2010

Sesungguhnya...

"Sesungguhnya ALLAH berfirman pada hari kiamat kelak, “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku." (Sahih Muslim)

Buku terbaru!

Wednesday, April 7, 2010

Buku Baru!!!

Terbitan April 2010
Judul:
‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.

Sunday, March 28, 2010

Pelancaran buku lancar…

Dato' Kamaruddin berucap sebelum melancarkan buku

Majlis pelancaran buku “Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhamad, Polemik Kalimah Allah & Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz” yang berlangsung di PWTC baru-baru ini meriah serta mendapat sambutan. Pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) yang juga pengerusi IKDAS.

Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz.

9 Bulan Paling Mendebarkan...

Bakal Terbit! April 2010

Buku ini, cuba memperlihatkan pada kita bagaimana konsep Islam membicara tentang mendidik anak dalam kandungan, seterusnya dari keyakinan bahawa mendidik anak dalam kandungan tidak hanya semata-mata merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan, tetapi merupakan bahagian pelaksanaan, tanggungjawab dan kewajipan dari ibubapa itu sendiri.
Kita tahu bahawa wacana tentang mendidik anak dalam kandungan termasuk dalam wacana yang baru, yang datang pada kita dan dihembuskan oleh angin Barat.

Friday, March 26, 2010

Banjir air, banjir orang...



Kebanjiran orang di pesta buku amat menyeronokan. Tapi bila banjir kilat di pesta buku sangat menakutkan. Semalam (25 Mac 2010), hujan lebat melanda KL. Air sungai gombak yang menyusuri celahan PWTC melimbah naik hingga ke paras bahaya. Amaran berjaga-jaga dari pihak pengurusan PWTC membuat saya risau, lalu mengarahkan anak buah saya agar meletakkan buku di tempat yang tinggi. Berdasarkan sembang-sembang saya bersama pakcik guard PWTC, dewan Tun Razak 2 memang selalu dimasuki air bila hujan lebat.

Adui... ini kena minta rebat dari penganjur. Laluan ke TR2 juga terpaksa ditutup untuk pengujung. Tapi setelah jam 7.00 malam keadaan stabil, air yang dijangka naik sudah mulai surut, alhamdulillah..

Harap-harap tiga hari mendatang ini akan kebanjiran pengunjung.

Sunday, March 21, 2010

Pesta Buku ini...


Bila dah seberang sungai, memanglah jauh. Kena berenang untuk ke sana. Kalau kamu mahu, marilah berenang ke seberang. Jika tidak, duduk diam diam disitu.

Seberang sungai (Dewan tun Razak 2) lokasi yang memang tak enak. Tahun mendatang dan seterusnya saya tak akan memilih tempat ini. Sedayanya saya elakkan. Jika saya ada enam orang anak untuk di bawa menjelajah ke pesta buku, pasti seberang sungai bukan tempat pilihan saya.

Memenatkan, urat kaki bagai tersimpul kait jika anda berjaya sampai ke seberang sungai dengan jayanya. Bagi anda yang berjaya sampai, bersyukurlah, kerna anda seorang yang hebat.

Tuesday, March 16, 2010

Hitam putih kehidupan ini…

Tulus dalam hidup adalah kejayaan sebenar. Apapun yang kita kerjakan, mesti buat dengan tulus. Ulama terdahulu sangat mengambil berat sumber rezeki, kerna itu sangat mewarnai keperibadian seseorang…, maka berhati-hatilah. Saya dan kita semua.

Monday, March 15, 2010

Mendekatkan anda padaNya...

Dari pesta buku Islam Indonesia ke pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. Setuasinya pasti sama, macet (sesak) dek penagih ilmu. Keadaan ini amat dialu-alukan oleh saya (kami) sebagai pempamer. Logiknya bila ada trafik (ramai orang), maka jualan pun meningkat. Meriah. Bersepah. Tahun ini saya tidak mengambil acara pentas, sebab figure yang diundang tidak memberi tarikh pengesahan. Maka, jalan selamat diambil agar tidak ada kerisauan, gelisah.

Lokasi gerai Kemilau Publika tahun ini berada di seberang sungai (dewan Tun Razak 2), nombor gerai F14 & F15. Pastikan anda sempat melewati kami. Diskaun menarik ada, pasti ada. Sila lawati laman sesawang kami http://www.kemilau.com.my/ untuk mendapatkan kupon diskaun. Setiap pembelian RM50 keatas akan mendapat paper bag percuma (gratis) dari kami.

Saturday, March 13, 2010

Dekatnya Kematian...

Syurga merupakan tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang tak dapat dibayangkan oleh mata. Watak sebenar manusia, ia takkan mahu berkorban jika tiada harapan balasan yang diperolehinya. Untuk itu, berharap syurga dan terhindar dari neraka, boleh menjadi pemicu tegarnya keimanan.
Bahkan, untuk mempertahankan ketegaran iman para sahabatnya, Nabi saw sering mengingatkan mereka dengan kenikmatan syurga. Ketika mengetahui siksaan yang dialami oleh keluarga Ammar bin Yasir, beliau mengatakan, ”Bersabarlah wahai keluarga Yasir, tempat kamu semua nanti di syurga.”
Sebaliknya, ketika mengingat dahsyatnya azab dari Allah, akan menyedarkan manusia bahwa seberat apa pun ujian di muka bumi ini tidaklah seberat jika dibandingkan dengan azab di akhirat kelak. Allah menggambarkan salah satu bentuk dahsyatnya siksaan di neraka dengan firman-Nya,

Setiap kali matang (hancur) kulit-kulit mereka (penghuni neraka jahanam), Kami ganti dengan kulit-kulit yang baru agar mereka merasakan siksaan,” (QS an-Nisa: 56).

Monday, March 8, 2010

Tak mampu keajaiban...


Nabi saw bersabda, "Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka." (HR Imam Ahmad, at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Bila Rasulullah sudah berdoa begini untuk saya dan kita semua, maka keberkatan menyusul pada kita yang berbisnis, bertani, membaca, menghafal, berjihad dan semua yang baik. Solat subuh adalah kunci. Orang yang lalai solat subuh berjamaah adalah orang yang pemalas. Ia juga kayu pengukur sifat kemunafikan.

Alhamdulillah, Islamic Bookfair 2010 di Jakarta memang mengujakan. Macet (sesak) adalah lumrah bagi rakyat Indonesia.Negara yang ke 4 di dunia punyai penduduk teramai. Banyak judul baru yang menarik. Kunjungan saya kali ini saya coba mendekati Mirqat Publishing, antara penerbit unggul di Indonesia. Insyalah kerjasama akan ada. Selain Mirqat, saya juga telah membeli naskah dari Arafah Group Publishing, juga penerbit besar.

Moga cita-cita saya sukses dan mendapat redho Allah Swt. Harap teman-teman dapat mendoakan saya. Sebagai penerbit kecil lagi muda, saya mahu belajar segalanya. Saya insan biasa tak mampu keajaiban.

Sunday, March 7, 2010

Perhatianku beralih…


Walaupun pesawat bergoncang kuat, jantung bagai digegarkan, namun semangat saya membara. Saya tidak menyalahkan awan, tidak juga menyalahkan mendung yang membuat pesawat goncang. Kerna awan dan mendung bukanlah musibah. Tatkala, sebelum saya naik pesawat, awan dan mendung udah ada disitu. Namun, ada yang mengusik rasa hati saya. Rasa-rasa yang membuat saya suka, minat padanya. Alihan tumpuan saya hanya padanya, mahu dapatkannya. Mengapa? entahlah.

Saya serahkan pada Allah, agar ianya datang sendiri. "Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya." (An-Nahl: 1)

Bila ia datang. Saya akan katakan, "mari kesini hampir, saya mahu". Dari jauh saya datang, bukan hanya mahu bertanya. Saya mahu terus. Cash kan ia untuk saya. Saya tak mahu memetik buah yang belum matang.... menjauhi samar-samar. Tetapi, walaupun rasa ini adalah kebahagiaan dan keindahan, tapi ia masih lagi dialam ghaib, belum menyentuh dunia.

Saya mahukannya seperti mereka yang pernah. Ya Allah, hambamu ini sering tertekan dengan rasa ini. Rasa-rasa yang sangat dalam rasanya. Itu cita-cita saya, bukan anganan. Berawal dari saya kenal rasa ini, saya sering kalah. Oleh itu, lagi sekali...biar ia datang sendiri.

Thursday, March 4, 2010

Belajar dari yang lebih tahu…

Berjalan, menyeberang, menjelajah ke suatu setuasi yang baik adalah idaman saya. Dan idaman semua. Menjadi penerbit buku bukan mudah, kerna perlu ada ramai kenalan dan rangkaian. Apa yang saya perhatikan dalam dunia penerbitan, mereka yang punyai kenalan dan rangkaian akan sukses. Saya belajar itu. Saya mahu itu.

Maka, saya cuba melihat sesuatu yang ada di seberang (Indonesia). Saya mahu dari mereka. Mereka sahabat saya.

Tapi, saya mahu dapatkan ia kerana Allah. Cita-cita kerana Allah, bukan kerna yang lain.

Kata hikmah, “Siapa yang cita-citanya hanya untuk syahwatnya dan mencari kenikmatan hidup semata, maka banyak kegagalan akan ditemui, terserlahlah kekurangan dan keaiban.”

Nota: Imam Nawawi meninggal dunia tika umur 40 tahun dan meninggalkan warisan penulisan yang sangat besar.

Tuesday, March 2, 2010

Usah dipupus ia...

Hadapkan wajah hanya untuk Allah. Hidup adalah pemberian dari yang maha memberi. Dia juga yang berkuasa mengambil kembali. Dialah ALLAH, rabb yang mengatur hidup kita. Cintailah dia, rinduilah dia. Rasa-rasa itu (cinta & rindu) usah dipupus ia. Nikmati keharuman di laman keasyikanNya…Subhanallah!

Islamic Book Fair 2010 Jakarta

Monday, March 1, 2010

Belajar Dari Perang Khandaq

Terbitan Mac 2010

Percubaan Menembusi Parit
Rasulullah saw dan kaum Muslimin tetap berada di Madinah, sedangkan pihak musuh terus mengepung mereka. Namun perang tidak meletus. Beberapa tentera berkuda Quraisy, antaranya Amr bin Abdu Wudd, Ikrimah bin Abu Jahal daripada Bani Makhzum, Hubairah bin AbuWahb daripa da Bani Makhzum, dan Dhirar bin Khathab bin Mirdas saudara Bani Muharits bin Fihr bersiap-sedia untuk berperang dan keluar dengan menunggang kuda. Ketika berjalan melewati kampung-kampung Bani Kinanah, mereka berkata, “Wahai Bani Kinanah, bersedialah kalian untuk berperang. Pada hari ini kalian akan tahu siapa sesungguhnya pasukan berkuda itu.”

Selesai berkata begitu, orang Quraisy tersebut berlari kencang dengan kuda-kuda mereka hingga tiba di tepi parit. Ketika melihat parit, mereka berkata, “Demi Allah, ini tipu muslihat yang tidak pernah dibuat oleh orang Arab.”

Sunday, February 28, 2010

Rindu sapaan rahmatMu Ya Allah...

{Doa...} Aku mengadu padaMu Allah, ya Rabb!

Betapa kerasnya hatiku, banyaknya dosaku, panjangnya angan-anganku, buruknya amalanku, banyaknya aku mengingkari perintahMu. Kepada engkaulah tempat sebaik-baik aku mengadu wahai Allah, padamu aku minta pertolongan untuk melawan nafsu ini. Tolonglah aku ya Allah, aku bertawwakal padaMu untuk perbaiki diri. Janganlah kau serah aku pada selainMu ya Allah. Jangan jauhkan aku dariMu, dipintuMu aku berdiri, jangan kau halau aku wahai Allah……


Thursday, February 25, 2010

Belajar dari Para Peniaga…

Saya mengiringi Dato' Seri Kadir Sheikh Fadhil (mantan Menteri Sumber Manusia) di satu majlis pelancaran acara mencari pekerjaan, anjuran majikan saya (Recruit Weekly) pada tahun 1996.

Saya manusia biasa. Kita semua sama. Namun, sama-sama batu, ada yang jadi batu permata. Ada harga, tidak wajar dibuang semberono.

Semasa zaman sekolah lagi saya telah dibenarkan oleh abah untuk belajar berniaga. Maka, saya Belajar dari Para Peniaga. Menjadi pembantu pakcik di pasar malam menjual buah-buahan menyeronokkan. Saat itu, saya tahu nilai seringgit, lima ringgit mahupun sepuluh ringgit. Begitulah betapa susahnya abah mendapatkan nilai-nilai bermakna ini. Saya menolong pakcik berniaga bukan sekadar tolong-menolong, kasih berkasihan sesama yang wajib, malah ianya suatu keperluan. Saya belajar darinya. Saya belajar maknanya.

Saya temui berbagai ragam manusia. Sudah tentu saya tidak boleh menggunakan gaya komunikasi yang sama pada semua orang yang saya temui. Ada orang yang jenis pendiam, cerewet, ada yang halus tutur katanya, ada yang kasar dan ada yang sentimental. Untuk menjaga hubungan, saya mesti pandai menempatkan diri. Walaupun berniaga pasar malam tak sehebat menjadi kontraktor membina bangunan besar, namun kejayaan kecil ini menjadi luar biasa pada bisnis masa depan.

* Berniaga kerana Allah adalah yang terjamin!

Tuesday, February 23, 2010

ADAKAH LAZAT SAMA ERTINYA DENGAN NIKMAT?

Terbitan Mac 2010
BERIBADAH SELAZAT COKLAT


Ada tiga jenis kenikmatan di dunia ini:

Jenis pertama adalah yang berkaitan dengan jasad seperti; makan, hubungan seksual dan sebagainya yang terjadi dengan panca indera.

Jenis kedua terjadi akibat khayalan dirinya dan orang selainnya seperti; pujian, penghormatan dan ketaatan kepada-Nya. Itu semua merupakan sesuatu yang nikmat dan dicintai.

Jenis ketiga adalah kenikmatan yang hanya diketahui dengan hati, roh, dan juga akal; seperti kenikmatan berzikir kepada Allah, mengenal Allah dan mengenal kebenaran.

Monday, February 22, 2010

Di mana terhenti...

Terpegun, termenung, terkhayal sejenak. Bilakah sampai waktu dijemput?. Masikah ada waktu terpegun, termenung, terkhayal...? Ke mana kembara terselit kita. Pasrah, di mana terhenti, disitu berhenti. Doa...

Wednesday, February 17, 2010

Perlu ada 5 jadian PTS…

Apabila buku banyak dan pelbagai di pasaran, barulah ramai kaki buku atau ulat terlahir. Maka, perlunya wujud lima lagi syarikat sebesar PTS di Malaysia, ujar Puan Ainon Mohd yang merupakan Pengerusi PTS Publication Sdn Bhd.

Saya sempat singgah di pejabat beliau yang terletak di Batu Caves dan bersembang serta berkongsi belajar perihal dunia penerbitan buku. Saya dan puan Ainon sangat jauh beza dari segi umur dan pengalaman. Tapi, beliau tidak lokek info untuk dikongsi bersama. Menurut puan Ainon, PTS akan menerbit seribu judul setahun. “Biar masyarakat rambang mata bila ke kedai buku, kita kene buat banyak buku”, kata puan Ainon bersemangat. Hingga saya pun naik semangat mendengar beliau kata-katanya.

Walaupun penerbit hanya mendapat keuntungan sekitar 3% sahaja, namun ianya bukan halangan untuk meningkatkan kuantiti terbitan. Beliau menyatakan hasrat berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang mahu. Agar dunia penerbitan Negara berkembang terus.









Nota: Saya kelihatan agak senget, sebab belum siap sedia jurufoto dah snap. Jangan anggap apa-apa tau! hehe

Tuesday, February 16, 2010

Rindu selalu...


Rindu selalu...
Jannah bersama Ummi dan Amanina.

Kesempatan bertemu puteri sulung saya semasa mengambil kad laporan pelajarannya di maanfaatkan bermesra. Wow! cemerlang anak abah... bila saya melihat kad laporan Jannah. Sekarang ni Jannah juga menjadi agen jualan buku Kemilau Publika di Maahad Darul Furqan.

Saya biarkan Jannah belajar dari kehidupan....mengikuti apa yang disekelilingnya.

"Bila anak hidup dengan kritikan, ia akan belajar untuk mengutuk. Jika anak hidup dengan kekerasan, ia akan hidup untuk melawan. Jika anak hidup dengan ejekkan, ia akan belajar jadi pemalu. Jika anak hidup dengan dorongan, ia akan belajar percaya diri. Jika anak hidup dengan tindakkan jujur, ia akan belajar tentang keadilan. Jika ia hidup dengan cinta dan persahabatan, ia akan belajar untuk menemukan cinta di muka bumi ini."

Selamatkan ia, selamatkan!

Banyak kenangan yang terpalit pada tempat yang mana saya pernah belajar perkara tahu dan tak tahu. Namun, saya mengakui hikmahnya. Tempat yang saya maksudkan adalah Galeri buku Nufair. Ia entiti yang sukar menjelaskannya sejak azali adanya premis ini. Saya dihantar ke situ atas sebab tertentu, kalau mahu diceritakan sangat sadis (panjang ceritanya nak…!).

Namun setelah saya berada di situ (Nufair) ia jadi sebaliknya. Inilah yang saya katakan tadi, hikmah. Allah maha tahu tuk yang termampu dan terjangkau oleh seseorang itu.

Saya hindari gelisah>>
Kata hati saya>> siapa kata saya takut! siapa kata saya lemah! Siapa kata saya sempot, kalut. Walau sukar manapun, aku tetap aku. Walau getir manapun saya tetap disini dengan apa yang saya akui. Walau sukar… saya tetapi.

Kini, saya lupakan semua itu. Saya jalinkan apa yang patut, agar manfaat mampu dapat pada saya dan Nufair.

Kenangan; Signboard rekaan saya terpampang hingga kini.

Namun, baru-baru ini bila ada teman mengadu pada saya bahawa Nufair kan ditadbir oleh individu lain, yang mana saya sangat kenal history nya,saya geleng kepala. Saya harap pihak atasan patut fikir yang wajar.

Jangan jadikan Nufair macam Arked Mara. Selamatkan ia, selamatkan.

Saturday, February 13, 2010

Setelahku disentuhi dewasa, aku terus berdoa…

Wahai Allah, kurniakan aku iman dengan Nabi saw. Aku tak pernah lihat baginda saw. Bagi aku lihat baginda saw ya Allah. Tetapkan hati ku ini diatas kecintaan baginda saw. Wahai Allah, jaminkanlah aku agar tetap berada diatas sunnah baginda saw. Matikan aku ya Alllah diatas agama baginda saw. Wahai Allah, jadikan aku didalam kumpulan Nabi saw yang selamat dan berjaya. Wahai Allah , Manfaatkan aku atas apa yang ada dalam hatiku pada mahabbah Nabi saw. Wahai Allah, pada hari yang tiada kemuliaan, tiada pangkat dan harta, tiada guna anak-anak. Wahai Allah sampaikan aku pada telaga kautsar Nabi Muhammad saw, berikan aku minum darinya. Wahai Allah, Mudahkan aku tuk sampai ke masjid haram dan masjid Nabi saw di Makkah dan Madinah. Ya Allah, sebelum kau matikan aku, muliakan aku dapat berziarah di masjid HaramMu dan masjid NabiMu.
Ya Allah aku memohon kepadamu melalui syafaat baginda saw. Bagindalah pemilik syafaat teragung untuk mu. Aku bersumpah padamu wahai Allah, bagindalah manusia teragung yang dapat disumpah dengannya. Aku bertawasul dengan baginda padamu Allah, kerna bagindalah wasilah yang terdekat denganMu.
Aku mengadu padaMu Allah, ya Rabb! Betapa kerasnya hatiku, banyaknya dosaku, panjangnya angan-anganku, buruknya amalanku, banyaknya aku mengingkari perintahMu. Kepada engkaulah tempat sebaik-baik aku mengadu wahai Allah, padamu aku minta pertolongan tuk melawan nafsu ini. Tolonglah aku ya Allah, aku bertawwakal padaMu tuk perbaiki diri. Janganlah kau serah aku pada selainMu ya Allah. Jangan jauhkan aku dariMu, dipintuMu aku berdiri, jangan kau halau aku wahai Allah……wahai Allah, Rabbku jangan hampakan aku, kasihanilah aku, amankan aku dari ketakutan selainMu. Wahai Allah, terimalah amalanku, betulkan hal ehwal ku tika aku sibuk pada urusan dunia. Ya Allah, matikan aku dalam kebaikan. Kelemahan dan kehinaan aku jelas didepanMu…ampunkan aku wahai Allah. Wahai Allah , apa yang kau perintah aku tinggalkannya, yang kau larang kejahatan aku buat. Bantulah jaga aku ini wahai Allah. Tiada yang dapatku pohon melainkan keampunanMu ya Allah. Engkau maha pengampun lagi penyayang.
Ya Allah, dalam sebuah hadis aku mendengar;
"Seorang sahabat bertanya, Ya Rasulullah, bila aku boleh menjadi mukmin yang sebenar? Nabi saw bersabda, bila engkau sudah cinta Allah. Sahabat itu bertanya, bila aku akan cinta Allah? Nabi saw bersabda, bila engkau cinta Rasul. Sahabat itu bertanya lagi, bila aku boleh cinta Rasul? Nabi saw bagitau, bila engkau mengikuti apa yang diajar oleh Rasul dan beramal dengan sunnahnya, dan mencintai dia, engkau marah pada mereka yang Nabi pun marah pada mereka. Engkau sokong pada mereka yang Rasulullah suka. Engkau musuh pada siapa yang Rasulullah musuhi. "
Wahai Allah, lorongkan aku pada jalan yang disebut pada hadis ini. Jauhkan aku dari mereka yang tiada cinta pada Rasulullah, pada mereka membencinya. Ya Allah, beri aku kejujuran dalam cinta padaMu dan RasulMu. RedhoMu dan Rasul aku inginkan, redhokan aku wahai Allah….
Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk kuat berselawat pada Nabi saw. Tak mungkin aku kenal engkau Ya Allah jika Nabi saw tidak kenalkan. Wahai Allah, cukupkan cinta sempurnaku pada Nabi saw. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Friday, February 12, 2010

Para Peminang Bidadari...

Sudah terbit!
Penulis: Atriza Umar
Harga: RM15.00

Buku ini adalah darihal para syuhada’. Kisah mereka yang handal disisiNya ada keajaiban. Mereka bukannya watak rekaan dan bukan juga watak dongeng fiksyen yang hanya menjadi penenang anak-anak tidur.
Mereka adalah pejuang yang dijadikan contoh terbaik melawan kemunafikan dan kekufuran nyata. Menjulang syahadat dan persaksian diri mereka sebagai seorang muslim.

Buku yang berada di tangan anda ini memaparkan potret orang-orang yang berjuang sepenuh jiwa raganya dalam usaha menegakkan dan membela agama Allah.

Dalam buku ini juga penulis menyajikan gambaran nyata tentang kesungguhan para sosok merealisasikan amalan Islam yang teragung yang disebut dengan jihad.

Nota: Dapatkan disemua rangkaian kedai buku MPH, Popular, Gramedia, SMO (Pantai timur) & kedai buku berhampiran anda!


Thursday, February 11, 2010

Setelah kau sentuhi...

Apabila seseorang telah disentuh umur dewasa, Allah SWT memberikan kurnia hikmah dan kebijaksanaan sehingga kelihatan padanya berbagai ketaatan dan menujukkan hatinya kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah SWT: " Dan setelah menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan kepadanya hikmah dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memberi balasan bagi orang-orang yang melakukan kebajikan. " (Al Qashash, ayat 14)









Nikmat pemberian-Nya...(Marwan al-Adib & Nur Amanina)

Jangkauan umur 40 tahun adalah memang umur dewasa, saya menuju itu. Harap dimana hikmah meresap dalam diri, insyaallah. Namun, waktu untuk bersyukur atas nikmat, sekaligus siap-siap untuk berlari menuju Allah SWT harus ada. Saya hampir disentuhi waktu itu.

Setelah di sentuhi…saya berdoa-doa. Terus berdoa. Sahabat, tolonglah doakan saya agar kekal terjangkau dalam perjuangan ini.

Nota: Imam Syafie khabarnya bertongkat tika berumur 40.

Monday, February 8, 2010

Ibunda Hajar; Kekuatan cinta, Iman...

Sudah dipasaran!
Judul: IBUNDA HAJAR
Penulis: Dedi Ahimsa
Harga: RM15.00

Siti Hajar adalah seorang wanita biasa yang akhirnya meninggalkan sejarah yang luar biasa. Hasil sejarah daripada kisah Siti Hajar ini menjadikan kawasan tanah yang dahulunya tandus kini menjadi tempat tumpuan umat Islam di seluruh di dunia (Mekah). Sehingga kini juga kedinginan air telaga zam-zam masih dapat dirasai dan tidak putus-putus membawa nikmat kepada seluruh umat Islam.
Selagi nafas masih berhembus, selagi dada masih bergetar, selagi kalimah Allah masih bersambung di muka bumi ini, maka dengan itu juga kisah Siti Hajar terus menerus akan melekat di sanubari umat Islam sebagai ikon wanita Islam yang begitu dicemburui keteguhan Imannya.
Walaupun diduga dengan seribu rintangan dalam melestari cintanya terhadap Nabi Ibrahim, pegangannya pada agama Allah tetap utuh dan padu. Begitu juga perasaan dan emosi cintanya pada Nabi Ibrahim bagai obor yang menyala, tetap merah dan tidak pernah terpadam, biarpun terasing jauh di gurun yang tandus.
Demikian rakaman sejarah keutuhan cinta terhadap Allah dan suami. Hajar telah melakarkannya, dan pasti dapat menjadi pedoman untuk setiap insan bergelar wanita.

Nota: Dapatkan disemua rangkaian kedai buku MPH, Popular, Gramedia, SMO (Pantai timur) & kedai buku berhampiran anda!

Friday, February 5, 2010

Tahniah puteriku...


Semalam Jannah rasa tersangat sengal seluruh badan..., luah puteriku (Nurjannah). Kenapa? Saya bertanya… Jannah rasa gementar sangat, rasa macam jantung nak tersembul keluar bila nama di umum dan diminta naik ke pentas tuk menerima hadiah. Oooo.. biasakan lah diri dengan setuasi begini, ujar saya, memberi semangat. Agar kecemerlangan mendatang tidak terkejut dan over emosi.

Nurjannah menerima hadiah kecemerlangan dalam kategori akedemik. Tahniah Jannah! Abah doakan agar jannah terus dan terus dengan mood yang meningkat.

Nurjannah (12thn) adalah pelajar Mahaad Tahfiz Darul Furqan, Gombak.

Sunday, January 31, 2010

Bertanyalah...

Sedangkan matahari tiap hari bertanyakan Allah, "Wahai Allah.. hari ini arah manakah akanku terbit? maka Allah menjawab, "Naiklah dari arah timur dan turunlah ke barat". Matahari yang sekian hari memberi khidmat kepada kita pun masih bertanyakan Allah untuk kerja-kerja yang sudah rutin baginya. Apakah kita begitu? Apakah amalan kita begitu?

"dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah Yassin ayat 38.

Friday, January 29, 2010

Ya Allah... aku suka!

Dalam segala kondisi dan urusan, kita tidak boleh lepas dari kehendak Allah dan Rasulnya. Kehidupan peribadi masing-masing berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lainnya. Hakikat kehidupan yang wajib disyukuri. Bila sendawa kekenyangan kita ucap alhamdulillah, semasa lapar kita mengeluh lemah. Menjadi manusia syukur tidak semudah merungkainya dengan kata-kata apalagi mempraktikannya.

Riwayat Nabi Ayyub as adalah pengajaran yang mudah sebagai perbandingan. Bayangkan, andai kata kita menjadi orang kaya, punya isteri cantik dan punyai anak-anak yang berjaya, kemudian Allah 'mengambilnya' semuanya, Apakah kita tidak tertekan? Namun, tidak demikian Nabi Ayyub as. Beliau sabar dan syukur tika diuiji Allah. Malah, beliau dimuliakan Allah setelah itu.

Ulser dan Uzlah
Sakitnya hanya Allah yang tahu. Seluruh tubuh diragut dari kestabilan normal. Malah dibelakang normal. Lalu, apa yang kita hendak lakukan? Mahu menuntut Tuhan? Melakukan perlarian yang tidak bermanfaat?. Kita hanya ada pilihan dengan mengatakan, Ya Allah...aku suka engkau menegurku! Engkau memerhatiku! Dan rasa sakit bagai tiada bila kita selalu berfikir akan kebesaranNya, maka kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita.

Rm10 letakkan di dalam poket bukan di dalam hati. Agar mudah ia dikeluarkan.

Thursday, January 28, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Zaman berzaman...

Bersama band; selepas menerima platinum sebagai finalis "Battle of the band Selangor" tahun 1990. dari kiri, Johari, Suhaimi, Rosli & Masri

“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ ayat 32)

Zaman remaja adalah sebahagiaan dari kegilaan. Saya merasai gila itu. Muzik rock adalah gila. Saya antaranya suatu ketika dahulu (zaman persekolahan). Tetapi, saya di sendal dalam fikiran; bila sudah rock jangan ada makwe (teman wanita) ia akan jadikan jiwa rock kita tumpul. Maka, saya amalkannya, memang tidak pernah bercinta atau berpacaran akibat dari dokrin itu. (nak jadi mat rock tulen lah katakan). Sehinggalah saya bertemu jodoh. Emmm… mungkin juga sebab saya tak hensem..he he.. takdak yang mahu..huhu. atau memang tak pandai langsung bab teman wanita. Memang ada yang bagi surat; nak berkawan katanya. Saya tak layan. (harap saya dapat dikategorikan sebagai lelaki di bawah naung Allah). Ada baiknya juga jiwa rock yang sebegini, ia dapat mengelak daripada hampir unsur zina.

Perform kat Kompleks PKNS Shah Alam, sekitar tahun 1990.(Saya selaku drummer; biasalah tersorok kat belakang tu..tawaduk)

Muzik bagi saya (ini cara fikir zaman dulu) adalah sebahagian kehidupan. Tanpa muzik hidup sunyi dan kosong. Kini saya sudah buang rasa itu ke sungai Kelang, ia hanyut entah ke mana. Nabi kita yang agung; Muhammad SAW mengajar, bukan itu cara hidup. Ulanglah selawat ke atasnya berkali-kali. Sesudah mengetahui ada darjat di syurga, buatlah amalan yang meninggikan darjat kita semua. Dan tinggalkanlah perkara yang tiada berkait dengan kita. Tulus dalam hidup adalah fundamental!

Zaman berzaman untuk kita semat rasa risau terhadap umat.


Siri BELAJAR ROMANTIS

Tiga Baik dan Tiga Buruk

Rasulullah pernah menjelaskan beberapa faktor menyemai kebahagiaan dalam rumah tangga terutama bagi suami.Antaranya adalah kehadiran wanita solehah di dalam rumah

Ada tiga perkara yang mampu membawa ke gerbang kebahagiaan dan tiga perkara lain mendorong ke arah kesengsaraan. Adapun kunci kebahagiaan: Isteri yang menarik hati, apabila ditinggalkan memberi rasa selamat akan kesuciannya dan keselamatan harta benda suaminya, binatang tunggangan, boleh menghantarkan ke rumah rakan-rakan dengan sebaik-baiknya dan rumah yang luas yang banyak penghuninya. Sementara tiga perkara yang menyengsarakan: Isteri yang menyusahkan suami dengan kata-katanya yang jahat, membuat perkara yang tidak baik apabila ditinggalkan sama ada kesucian dirinya mahupun keselamatan harta benda suaminya, binatang tunggangan yang sulit menghantarkan kita ke rumah saudara-saudara seiman dan rumah yang sempit yang sedikit penghuninya.”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, II: 175, juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Beliau berkomentar, “Sanadnya sahih berdasarkan sistem periwayatan al-Bukhari dan Muslim.”)

Wanita yang solehah adalah wanita yang baik kepada sesiapapun yang ada di sekelilingnya dan menjadi sumber inspirasi bagi bermacam-macam kebajikan di alam sekitarnya serta lingkungannya, juga memberinya insiprasi agar sentiasa mempertahankan kesolehannya. Itulah sumber kebahagiaan sejati.

bersambung....

Tuesday, January 26, 2010

Hidup Sekali, bermanfaatlah selamanya...

Hari ini secara pukal, kita melihat akhlak orang Islam telah diambil oleh orang bukan Islam. Ini realitinya sekarang, walau dalam apa bidang sekali pun. Sepatutnya umat Islam harus melangkah dan memaknakan Islam dengan kemuliaan yang telah diberi Allah kepadanya.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah". (Surah Ali Imran, 110)

Bersemangat untuk mendapatkan kemuliaan dan kehormatan. Menatap keagungan dan kemenangan. Hidup dengan kondisi yang beragam memerlukan kekuatan yang terjangkau. Jika kita sebagai orang soleh, harus mengerjakan amal yang agung. Dan merealisasikannya. Datang dan pergi membawa pahala. Kadang kita dicela, kita merasakan ini sunah Nabi. Memang Nabi pun demikian hidupnya, kata kita. Kadang kita dicela, kita merasa tak dimuliakan masyarakat dan tidak bermanfaat.

"Barang siapa yang memberi contoh kebaikan dalam Islam, maka baginya pahala tersebut dan pahala orang yang melakukan kebaikan setelahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun" (HR Muslim)

Adakah semalam kita berpesan pada kebaikan...? Jika tiada, mulakan hari ini.

Monday, January 25, 2010

Andaiku punya kuasa SAKTI... kenal pembeza!


SUDAH TERBIT!

Harga RM15.00
Karya: Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengandungi kebatilan. Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.
Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.
Tok guru Nik Abdul Aziz membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Mari kita selak naskah ini, agar dapatl kita menerobos celahan kesamaran.

www.kemilau.com.my