Thursday, December 24, 2009

Bakal terbit! Januari 2010

“Kajian berkenaan tokoh adalah penting kerana ia berkaitan dengan sejarah kehidupan manusia. Watak dan peribadi tersebut mampu mencipta sejarah dan menjadi teladan serta ikutan” - Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz


Wednesday, December 23, 2009

Perjalanan masa kita...

Amy, saya dan sahabat yang sudah tak kelihatan...

Zaman berzaman teguh ikatan
Sempurna insan
Itu harapan padamu
Ku harapkan

Zaman berzaman tinggal harapan
Sempurna kasih
Kita dendangkan berlagu
Aku dendangkan

Kita dijadikan

Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

Monday, December 21, 2009

Bila DS Anwar menjerit di depanku, di depanku Dr. Yusuf Al-Qardawi…

DS Anwar (bulatan)

Suasana tegang bila pengawal Masjid berkali-kali menjerit “ bagi laluan, bagi laluan… Syeikh tak sihat”. Saya dengar lagi pengawal masjid memberi arahan kepada sahabatnya, “halang pintu lif”. Apalagi, saya pun berlari anak ke pintu itu. Sehampir saja Syeikh di pintu lif, saya pun mengangkat kemera “klik”, hah! Dapat pun!

Keadaan tak terkawal, tolak-menolak berlaku…, tiba-tiba ada suara menjerit, “jangan tolak!” Agak keras. Saya cam wajah orang yang menjerit itu. Takpelah Dato’ Seri…Dalam hati saya berkata, kalau saya DS Anwar, mungkin saya pun menjerit jugak.

Jarak Syeikh hanya sekaki saja dari saya. Beliau terhoyong hayang akibat tolak menolak yang berlaku oleh jemaah yang ingin mendekati beliau. Wajahnya serius, ya nampak tak sihat.

Ceramah Dr. Yusuf Al Qardawi

Setibanya kami di masjid negeri, (Shah Alam) azan pun berkumandang. Saya bersama 3 sahabat lagi berwuduk dan ke dewan solat. Wah! Ramainya orang. Macam solat jumaat, ujar saya. Usai solat, semua diam. Hah! Boleh pulak diam. Kalaulah saya buat kat surau saya, mesti depa kata saya ni Wahabi. Kah..kah..kah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor). Seterusnya ceramah oleh Dr. Yusuf Qardawi. Antara intipati ceramah beliau adalah,"Hijrah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

Sembang lawan ceramah

Sedang ralit mendengar terjemahan ceramah Dr. Yusuf oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin, saya tersingul YB Saari Sungib yang duduk sebelah saya. Ah! Berbual seketika. Macam biasa, sembang pasal buku lah. Tapi berbisik macam dalam kelam…

Yb Saari berminat dan berjanji nak bagi saya sebuah skrip buku untuk diterbitkan. Beliau kata, nak skrip yang macam mana? Saya cadangkan buku tentang ISA. Judulnya “BELAJAR DARI MANGSA ISA”. Beliau menanggukkan kepala tanda setuju. Saya cadangkan juga agar beliau tulis secara rinci kekejaman yang berlaku terhadap tahanan ISA. Beliau angguk lagi…saya pun diam sambil dengar ceramah.

Wednesday, December 16, 2009

Beribadah selazat Coklat...

Bagemanakah kita ghairahkan ibadah seperti memakan coklat yang lazat?. Rasa mahu semahunya. Issh! nak makan lagilah. Amalan ke Masjid, puasa sunat, solat sunat dan bersedekah kadang seperti kegiatan rutin saja. Semaklah....

"Barangsiapa yang kebaikannya membuat senang dan keburukannya membuatnya sedih, maka dia orang mukmin- (HR Al-Hakim)

Monday, December 14, 2009

Hal semalam...


13.12.09 (Ahad) saya bertemu dengan dua sosok yang hebat. Pertama Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), kedua En. Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah) sahabatku.

Bersama Dato’ Tn Ibrahim saya berurusan berkaitan penerbitan buku (apalagi). Saya mendapat persetujuannya untuk menerbitkan karya beliau (masih dalam proses mencari bahan untuk transkrip). Beliau memberi senaskah skrip berbentuk fotostat berjudul “DUA KALIMAH SYAHADAT -Aqidah itu adalah mudah”. Beliau mencadangkan agar diterbitkan bersama catatan beliau. “Buku ni bagus, kawan saya tulis”, katanya. Saya kata “OK” no problem!.
Mudah rasanya berurusan dengan pemimpin yang memudahkan segala urusan. Saya kata begitu sebab, pada mulanya kami berjanji berjumpa di pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut, sebab Dato’ ada mesyuarat di situ. Oleh kerana saya juga ada janji dengan en. Lutfi untuk ziarah beliau di rumah nya di Ampang. Maka, saya ke Ampang. Sedang leka berbual dengan En. Lutfi, Dato’ menelefon saya dan bertanya dimana saya. Saya katakan di Ampang, maka beliau berkata, jumpa di Ampang.Kami bertemu di Masjid Bukit Indah, Ampang. Selesaikan semua urusan di situ. Alhamdulillah!

Perihal sahabatku ini, En. Lutfi, beliau masih lemah. Tapi bersemangat berbual hal pengalamannya melalui proses operasi “bypass” jantung (kalau tak salah gitulah ayatnya). Dijolok di pakal peha hingga ke saluran yang tersumbat. Katanya, Isnin 14.12.09 operasi kedua, selepas operasi pertama dua jumaat yang lalu.

Panjanglah sembang kami. Hingga dia menyebut tentang pembiaya operasinya. Masih kabur, tapi ada sahabat yang prihatin. Dalam RMnya hampir RM50K.

Saya sangat mengambil emosinya untuk pesanan diri. Hal laku kita yang jaya akan dilupakan, yang sedikit buruk kerna kelalaian kita akan di perbahaskan. Saya sentiasa berdoa untuknya, agar sembuh seperti sedia kala.
Sedang aje mengUpload cerita ni, mai sms dari sahabatku Lutfi, berbunyi "Hari ni buat angio kali kedua. Dah buka semua 3 saluran yang tersumbat. Doktor kata petanda bagus, cuma ada satu saluran kurang lancar darah. Boleh bantu dengan ubat. Sabtu cek susulan. Kos hari ni RM30K" Saya balas, "Alhamdulillah, moga lancar semua" (06.38pm/14.12.09)

Buku; Insyallah… catatan hujung En. Lutfi akan diterbit (dibukukan) sedikit masa lagi. Bagi peminat Ahmad Lutfi Othman yang ingin miliki kompilasi tulisan beliau, nantikan terbitannya.

“Yang berperanan, rugi jika hilang. Yang hilang sukar berjumpa lagi”
“Jangan jadi macam ketupat, dianyam penuh seni. Dimakan hanya isi”

Premis Baharu Sarjana Media


Bermula sebagai pembantu kedai di kedai buku GG edar di Jalan pahang barat, KL. Kini En. Tajudin Senapi (Pemilik kedai buku Sarjana@Sarjana Media) menjadi pembekal dan peniaga kedai buku yang berjaya berlokasi di pasaraya besar Carrfour sekitar lembah Klang. Beliau melebarkan perniagaannya lagi dengan pembukaan premis terbaru tiga tingkat di taman sri Rampai.
Bertunjangkan penjualan buku agama dan kitab, permis perniagaan beliau menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan buku-buku agama serta juga audio berkaitan agama.

Monday, December 7, 2009

Papan iklan KemilauPublika di MPH Mid Valley dan Galeri Buku Syabab














MPH Mid Valley

Pada pendapat saya, umumnya bila seseorang memasuki kedai buku pasti mula-mula sekali dia akan melihat persekitaran atau hiasan dalaman kedai tersebut. Maka, saya mencadangkan pada pengurus kedai buku agar mencari ruang yang sesuai untuk memasang papan iklan. Ianya juga menjadi eksesori kepada kedai tersebut agar kelihatan menarik.

Oleh kerna buku Kemilau Publika tidak banyak bilangan judulnya maka inilah strategi yang patut. Agar buku Kemilau Publika ter’Spotlight’. Ia memberi makna yang sesungguhnya. Lebih suram lagi kalau buku kami hanya terselit atau tercerok di bahagian buku yang tidak popular.

Antara kedai yang terpilih kini adalah MPH MidValley (KL) dan Galeri Buku Syabab (Bangi). Terima kasih yang tak terhingga pada En. Zafri (MPH) dan Hj. Bukhari (Syabab) kerna bekerjasama dengan kami.














Galeri Buku Syabab

Tuesday, November 24, 2009

MPHbookstores: Membaca sambil beramal…

En. Zafri (Pengurus promosi MPH) menyerahkan replika cek sumbangan

Jom ke MPHbookstore! cobalah intai buku-buku melayu di Mph bookstore. Anda juga membantu anak-anak yatim bila membeli buku di Mph Bookstore.

Dato’ Anwar Rethwan (Sasterawan Negara) menegaskan penerbit buku swasta adalah digalakkan dalam penerbitan kerana ini membantu DBP dan kerajaan, kata beliau semasa menyampaikan sumbangan MPH Mutiara Minda kepada rumah anak-anak yatim di One Utama, Bandar Utama. Ia hasil sumbangan penerbit dan pembeli buku.

Anwar Rethwan juga mengucapkan tahniah kepada MPHbookstore kerana menyediakan sudut Mutiara Minda yang mana meletakkan buku-buku bahasa melayu. Beliau menyeru agar penerbit-penerbit buku mengambil peluang ini semaksima mungkin dalam penerbitan.

Iman Danial dan Hari Kecemerlangan Pelajar 2009

Mohd Iman Danial (dalam kotak)
Dua tahun berturut-turut Mohd Iman Danial (Anak ke2 aku) menerima hadiah kerna terpilih di antara pelajar cemerlang dalam kelasnya. Mohd Iman Danial (Iman) adalah anak istimewa. Istimewanya sebab, dah darjah tiga masih kencing malam….he he (Iman jangan marah ye..)

Dah besar anak abah. Teringat lagi tika Iman masih sebesar tapak tangan, sering menangis manja. Dan masih nangis manja hingga kini. Jiwanya sensitif. Janganlah cuba memprovok atau mempersendakannya, pasti menitis airmatanya.
Kekadang aku nyanyi lagu raihan “Iman tak dapat warisi…” depannya. Kadang dia suka, kadang dia marah dan nangis. Itulah Iman…

Iman…Iman, abah sayang!

Saturday, November 21, 2009

Kewangan DBP membimbangkan...

Peruntukan kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini agak membimbangkan setelah kerajaan memotong bantuan kepada DBP sebanyak RM30 juta, kata ketua pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Bagaimanapun, Termuzi berjanji, DBP sebagai badan utama untuk mengembangkan sastera dan kebudayaan di negara ini, akan terus mendokong usaha membantu persatuan-persatuan lain yang berkongsi misi yang sama.
"Walaupun dalam situasi kewangan yang agak membimbangkan, dipotong RM30 juta, DBP akan terus menyokong semua usaha dan program-program yang melertarikan warisan bangsa," katanya.
Beliau merungut mengenai perkara itu ketika merasmikan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 yang menghimpunkan puluhan penyair dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei malam tadi.
Majlis ramah mesra, apresiasi puisi dan pertukaran pendapat yang bertemakan "Puisi Suara Kemanusiaan" itu dianjurkan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).
Termuzi juga berkata, DBP telah menyokong program-program Pena, termasuk membiayai penerbitan antologi kelolaannya sejak tahun 2005.
"DBP juga akan menyokong pertemuan penyair nusantara ini yang akan berlangsung pula di Brunei Darussalam pada tahun 2010," katanya. (sumber: www.malaysiakini.com/bm)

Monday, November 9, 2009

“Menyukat Solat Diri” buku pilihan Kedai Buku Popular


Menyukat ialah menimbang. Ia mungkin seerti juga dengan kegiatan mengukur atau menghisab. Apabila disebut menyukat solat bermakna buku ini cuba memberi fokus khusus kepada sebarang gerak kerja tumpuan yang berkaitan dengan mengukur kekesanan solat yang ditimbang di dua piring neraca di dasar hati.

Solat yang kacau adalah punca kepada segala kecelaruan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa solat yang tidak patuh kepada sukatan sudu camca yang dipandu oleh pesanan wahyu akan menjauhkan diri dari mendekati dzat-Nya dari hari ke hari.

Info: Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd. Sila lawati www.kemilau.com.my tuk maklumat lanjut.

Nota: Kedai Buku Popular; selalunya kita kurang ambil perhatian kerna kedai buku ini agak keCINAan sedikit. Mana tidaknya, majoriti buku adalah buku bahasa Cina. Itu dulu! kini Popular Bookstore udah lain. Buku-buku melayu, agama senang didapati di sini. Harap teman-teman peminat buku silalah jelajah kedai buku popular berhampiran.

Jakarta; Ada Indonesia Bookfair 2009


Sesuai dengan populasi rakyat yang ramai, begitulah kemacetan pesta buku Indonesia 2009 yang berlangsung di Jakarta Convention Centre, bermula 4-8 Nov. 2009. Suasana seperti diduga, sesak! Tapi kali ini penerbit buku Islam agak kurang menyertai. Ini menyukarkan kami penerbit-penerbit buku Malaysia untuk berdagang buku. Tidak banyak pilihan.

Walau apa pun, buku baru tetap ada. Menarik. Ada juga yang di bawa balik ke Malaysia untuk terbitan. Saya sempat bertemu dengan beberapa penerbit di sana. Respon bapak-bapak penerbit Indon agak menyenangkan, baik dan mudah.

Friday, October 23, 2009

Kepahitan teman hati...

Liku liku perjalanan

Rintanganku lalui

Merentas dengan ketabahan

Cekal di hati

Aku kini kembali

Bagaikan mentari pagi

Menerangi kegelapan malam

Kesabaran mengiringi

Perjuangan kan ku miliki

Pahit getir yang ku tempuhi

Jadi pengajaran…

Kesabaran mengiringi

Kepahitan teman hati

Ketenangan itu kunci

Perjuangankan ku miliki

Thursday, October 15, 2009

Tuesday, September 22, 2009

Aku ingin bebas...maafkan!

Pada semua yang tahu siapa diri ini, AMPUN MAAF dipinta kerna meluka kan kalian. Kadang sengaja, kadang disengajaKAN (untuk pelajaran kalian), kadang sangat tak sengaja. Moga ALLAH merahmati kita.... ameen! Selamat Hari Raya, TAQABALLAHU WA MINNA WA MINKUM...

Friday, September 11, 2009

Aku ingin bebas....

Saat malam menyelimuti..., macam-macam ragamnya. Fasa terakhir ini agak culas kita. Malam adalah tirai yang menyelimuti manusia. Umpama pakaian, yang al Quran menyebut 'libaasan'. Pakaian malam adalah bangun menghidupkan malam-malam fasa akhir Ramadan. Nabi berpesan, ia adalah pembebasan dari api neraka.

Ayuh! kita bebaskan diri, bebaskan dari api itu. Jangan lupa hutang rukukmu, sujudmu, airmatamu tumpahkan. Agar tiada lagi hutang dan bebas.

Thursday, September 3, 2009

Bulan Dua Kebahagiaan

"Orang yang berpuasa mempunyai dua kesenangan; kesenangan ketika berbuka dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. " (HR Ahmad & Termidzi)

Syoknya ada Ramadan, mohonlah pada Allah agar ini bukan Ramadan yang terakhir kita.

Sunday, August 23, 2009

Buku Asmaul Husna Tok Guru di lancar....

Pelancaran Buku "Dengan Nama-Mu Aku Hidup; Asma ul-Husna" karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ada kelainan, kata seorang pengujung. Bila ditanya, apakah kelaianannya? Beliau berkata, pelancaran buku ini dibuat ditempat pameran buku cina. Yang datang majoriti orang cina, maka saya rasa bangga dan teruja dengan suasana ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Paduka Husam Musa, mewakili Tok Guru yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Dato' Husam dikerumuni media

Dato' Husam berkata, buku berjudul 'Dengan Nama Mu Aku Hidup', karya Nik Aziz, ia sesuai dibaca dan diamalkan seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin politik.

“Semua orang boleh menulis, tapi tidak semua mengamalkan apa yang ditulis. Karya Tok Guru bukan sebarang karya kerana ia lahir daripada hati dan beliau mengamalkan apa yang ditulisnya.

“Dato' Husam juga berharap buku ini dapat diterjemahkan dalam bahasa lain seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan lain-lain untuk dibaca semua kaum,” katanya..

Friday, August 21, 2009

Rindu tanpa akhir...


Tidak seperti kerinduan kepada kekasih yang lain, kerinduan pencinta Tuhan terjadi tiada akhir.

Setiap hari ghairah mendekatkan diri kepadaNya.

Tuesday, August 18, 2009

Bila teman meninggalkan kita...

Kematian: ia bukan topik cereka untuk menakut-nakutkan orang, tapi ada yang fikir begitu. Ia sama sekali tidak ada rasa apa-apa bila orang yang hampir dengannya mati...ini orang yang keras hatinya dan bodoh. Sabda Rasulullah dalam hal ini: “Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya, mereka itulah orang yang cerdik, yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” Riwayat Ibnu Majah dan Ibn Abiddunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali”
Surah Al-Baqarah ayat 156.

Ambillah iktibar kematian sahabat-sahabat kita sebagai penggera untuk kita tampil pada hari-hari yang mendatang dengan amalan yang di sukai Allah sepertimana yang ditunjuk Rasulullah.

Sedang matahari tiap hari bertanyakan Allah, "Wahai Allah.. hari ini arah manakah akanku terbit? maka Allah menjawab, "Naiklah dari arah timur dan turunlah ke barat". Matahari yang sekian hari memberi khidmat kepada kita pun masih bertanyakan Allah untuk kerja-kerja yang sudah rutin baginya. Apakah kita begitu? Apakah amalan kita begitu?

"dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah Yassin ayat 38.


Maka teringat sebuah lagu lama dari Group nasyeed As-Shoff>>yang sangat menyentuh....

Kematian melanda, tanpa dapat diduga>kehilangan terasa menyentuh jiwa>panggilan kepadaNya tak mampu berdolak kata>pasrahlah menerima ketentuan dari yang Esa>Gentarnya terasa bila teman meninggal kita>terasa dekat pusingan takdir menjengah kita>Gentarnya mengoncak jiwa>bila menghitung amalan di dada>miskin kedananya kita>hanya dosa dan lumuran bebanan noda>Gentarnya...mengadapMu dalam kepincangan>sedang hanya selangkah cuma IsrailMu menanti tibanya masa..oh tuhan...


Tuesday, August 11, 2009

Berkhayallah kerana Allah...


Apa yang kita ingin hari ini adalah sesuatu yang sukar dijangka. Menurut nafsu kita, maka semua yang ada dalam dunia ini ingin kita miliki.Ahh! salahkah?. Jika kita tidak berharta, tapi kita berkhayal begini: jika aku kaya pasti aku akan menginfakkan sebahagiannya seperti si fulan yang kaya itu. Maka, ini tidak menjadi kesalahan.

Abdullah bin Zubair berkata: "Aku ingin memiliki wilayah Hijjaz dan menjadi Khalifah". Mus'ab bin Umair berkata: "Aku ingin menguasai wilayah Iraqain (Kufah dan Basrah). Abdul Malik bin Marwan berkata: "Aku ingin memiliki seluruh wilayah bumi dan aku ingin menjadi khalifah selepas Mu'awiyah. Urwah bin Zubair: "Aku ingin menjadi seorang alim yang banyak beramal, menjadi sumber manusia mempelajari kitabullah dan sunnah Rasulullah serta hukum hakam agama mereka. Lalu aku unggul di akhirat dengan redho Allah dan syurganya.

Keinginan dan cita-cita empat tokoh ini bukan sekadar khayalan kosong. Tapi mereka menjalani hidup dengan melakukan usaha untuk memperolehi cita-cita mereka itu. Akhirnya mereka berjaya dengan cita-cita masing-masing.

Begitulah orang-orang yang sukses hidup dengan mimpi mereka sampai menjadi kenyataan. "Mimpi hari ini, adalah kenyataan hari esok" Maka, berkhayallah dengan sesuatu yang positif.

Wednesday, August 5, 2009

Sebuah Pesan dari makna Asma Allah, juga Pesan Ramadan Orang Soleh

1. Dengan NamaMu Aku Hidup; Asmaul Husna-Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Penulis buku ini tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah dia mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Jika adalah buku yang sehabis terperinci, yang pernah lahir; menyentuh dan berbicara tentang Asma ul-Husna; maka barangkali inilah bukunya.
Harga: RM17.00/RM20.00

2. Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh- Sulthan Hadi

Dengan berhenti dan bermuhasabah, barangkali Ramadan pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna. Inilah penggera yang datang untuk mengejutkan kealpaan insan setiap kali ombak Ramadan berkunjung ke pasir kehidupan. Dalam wajah penasihat yang seramah ini, izinkan buku ini mengambil tempat di rak buku di kediaman tuan. Tidak salah ia menumpang.
Harga: RM17.00/RM20.00

Saturday, July 25, 2009

Pesta Buku Negeri Selangor 2009, miliki ilmu yang tertinggal...

Pesta Buku Negeri Selangor 2009 yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam hingga 3 Ogos 2009 dengan jumlah sasaran pengunjung seramai 400,000 orang. Pesta Buku Negeri Selangor merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dilantik sebagai Urus Setia Tetap Pelaksana Pesta Buku Negeri Selangor dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, penerbit dan persatuan penulis. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh YB Dr. Halimah.

Menurut sembang kawan-kawan pempamer, pesta buku Selangor kali agak kurang sambutan berbanding tahun yang sebelumnya. Saya pun mencelah, "mujur saya tak masuk". Tapi sebenarnya, saya pun mengambil bahagian dengan membekal buku-buku saya kepada kawan-kawan yang mempamer.

Jika anda berada di sana, pasti anda akan terperasan light box yang ada wajah manis Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di sudut-sudut tertentu. Tapi jangan buat-buat lupa untuk miliki ilmu dari Tok Guru, dengan membeli naskah terbaharu bertajuk "Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam".

Selamat membeli, miliki ilmu yang tertinggal...

Monday, July 20, 2009

Nyawa mereka dan nyawa kita sama nilainya


Diceritakan Qais bin Saad dan Sahl bin Huniaf berkata;

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW telah dilalui oleh satu jenazah. Apabila melihat itu, nabi SAW berdiri. Diberitahu kepada baginda, bahawa jenazah itu adalah seorang yahudi. Nabi SAW menjawab, ’bukankah ia adalah manusia? -Sahih Muslim : 1596.

Dokrin lama, selalu bermain dalam kepala orang Melayu Islam. Ungkapan-ungkapan yang memperlekeh orang bukan Islam dah terbenam kukuh dalam minda kita. Contoh: sekiranya berlaku kemalangan atau kematian, kita akan bertanya, "siapa tu? orang kita ke? kalau bukan orang melayu atau jawapannya " cina! "maka kita akan menjawab, "biar lah" ataupun "usah pedulikan". Hadis di atas adalah jawapan bagi persoalan yang saya lontarkan.

Maka, tidak adil bagi kita sebagai orang Melayu Islam masih lagi mengajar atau menyimpan rasa-rasa atau sifat memperlekeh bangsa lain@agama lain. Islam tidak mengajar begitu.

Teoh Beng Hock dan Kugan yang mati dalam tahanan>>mereka juga manusia. Nyawa mereka dan nyawa kita sama nilainya. Jangan fikir yang bukan-bukan!

Friday, July 17, 2009

Aku tiada makna bagi kamu

Aku tiada makna bagi kamu
Aku tiada makna bagi yang tak kenal aku
Tapi...
Aku bermakna buat ayahku
Aku bermakna buat ibuku

Mungkin...
Aku tiada makna bagi kamu
Kerna aku tidak bisa buat kamu senyum
Aku tiada makna bagi kamu
Kerna aku yang tak perasan kamu senyum
Tapi...
Aku bermakna buat isteriku
Aku bermakna buat anak-anakku
Kerna aku puas bila mereka senyum
Dan aku pun belajar senyum

Aku mencari makna-makna itu
Rupanya tiada makna yang terjumpa

Aku buat selamba...

Abu Marwan alAdib

Thursday, July 16, 2009

"Mutiara Minda" ruang untuk buku melayu

Dulu sekitar awal 90an, amat payah mencari buku-buku melayu di MPH Bookstore. Orang seperti saya yang hanya ada pandang sisi saja pada bahasa Inggeris, hanya baca tajuk aje lah!. Bila masuk MPH masa tu rasa asing, sebabnya macam saya sebut tadi. Satu lagi sebabnya, bukunya agak mahal. Nak beli buku kena pergi kedai tradisional atau kedai mamak.

Zaman berubah, susasana berbeda. Nilai bertambah, jiwa kian besar. Orang macam saya tidak rasa kerdil lagi bila cari buku di MPH. Rasa dah ada duit pun ada, rasa teruja pun ada. Rasa bangga pun ada. Entahlah, itu hakikatnya bila kita dah terjebak dengan dunia buku ni.

Petang tadi saya melihat-lihat pelancaran Pesta buku MPH yang diwar-warkan dengan nama "MUTIARA MINDA". Ia berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Wah! sungguh hebat sekarang buku-buku melayu. Udah dipeduli oleh mereka. Bagus bagus... buku saya pun boleh tompang sekaki. Tahniah MPH!

Tuesday, July 14, 2009

Untuk Remaja


Pasaran buku negara agak slow, kata otai-otai pengeluar buku. Saya rasa gelisah juga, {Bebaskan diri dari Gelisah} >> staff makin ramai perlu dijagai. Macamana nak survive kalau buat buku tak boleh jual. Maklumlah small Malaysian business, yang mula akan merasa kesan merudumnya pasaran buku adalah orang macam saya. Kecil jualannya, maka kecil lah masyuknya.

Jejak saya ke Jakarta baru-baru ini melihat buku-buku di sana agak menghairahkan. Saya seperti mendapat semangat baru, lalu menengahi kegelisahan {Bebaskan diri dari Gelisah}. Dapatlah saya berjumpa dan berkenalan dengan beberapa penerbit di sana. Maka, insyaallah! DEAL telah dibuat dengan mereka untuk meMalaysiakan buku-buku Indonesia terbitan terbaru. Kali ini saya cuba mengalokasikan wacana berkisar tentang remaja@orang muda. Mudah-mudah usaha ini ada hasil, yang kebaikannya untuk semua.
Sebahagian buku-buku yang sempat saya kutip dari penerbit di Jakarta

"...jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." -Yusuf 87

Sunday, July 12, 2009

Bicara buku sukses

Ust. Zamri dari radio ikim.fm, memulakan bicara bersama ahli panel jemputan

Jam 5.00 petang telah menunjukkan diri, tapi pentas tempat berlangsungnya Bicara Buku "Wajah Baru Politik Malaysia" (tulisan Dr. Mujahid Yusof) belum tersedia. Malah kelihatan anak-anak ralit dengan melukis-lukis. "Mungkin ada pertandingan kot.." kata hati saya.

Jam 5.15, Dr. Dzul Ahmad (MP Kuala Selangor), Hj Annual Bakri serta Ann Wan Seng selaku ahli panel dan Ust. Zamri ikim selaku moderator tiba serentak.Lalu saya bergegas mencari urusetia agar pendekkan waktu melukis, kerna saya tidak mahu ahli panel program ini menunggu terlalu lama. Program sepatutnya bermula jam 5.00 petang, alhamdulillah segala kegelisahan bebas. {Bebaskan diri dari gelisah}.

Apa yang dirancang berjalan dengan baik. Sambutan amat luar biasa dari biasa..(puji diri sendiri ekk!) Ini menurut riwayat sahabat urusetia Karnival buku Bangi.
Orangramai khusyuk mendengar kepetahan bicara dari panelis
Segenap ruang dipenuhi dan kegembiraan terpancar pada wajah peniaga-peniaga buku. Apalagi saya...juga staff saya yang tak kenal penat, terima kasih semua!

Friday, July 10, 2009

La ilaha ilallah...masuk syurga


Kalau sudah MUDAH masuk syurga mengapa enggan! Mahukah Anda menempuh jalan ke syurga? pasti anda menjawab Ya! Tetapi…”. Selanjutnya anda akan memberikan bermacam alasan, “Saya sangat sibuk dengan pekerjaan saya, sehingga tidak mungkin untuk memfokuskan banyak masa untuk beribadah…” “Tetapi saya merasa tidak mampu mengerjakan solat malam sebelas rakaat…” “Tetapi saya tidak mampu mengkhatamkan Al-Quran dalam sebulan, apalagi setengah bulan, apalagi seminggu…”

"Siapa yang mengucapkan tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah dengan jujur dari lubuk hatinya, maka Allah mengharamkannya masuk neraka" (hr Bukhari).

Jadi, hormatilah hidup ini yang Allah beri kepada kita untuk menyembahNya. Agar kita menjadi seperti Allah nyatakan "...Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (al-Bayyinah-8)

Keindahan syurga adalah keindahan yang sejati, alami dan kekal abadi. Tak tergapai oleh akal, walau dikhayal oleh pangkhayal profesional sekalipun.

" Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda.." (al-Waqiah-17) " dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang sentiasa dara..." (al-Waqiah-36)

Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar
Mengapa hati ini terpaut pada yang diciptakan
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan
Lebih suci dan utama...

(Sebahagian lirik lagu group Al Wadi)


Aduhh... sedap lagu ni.... teringat! teringat!

Wednesday, July 8, 2009

Pedang samurai di leher...rompak siang hari

Sewaktu pulang dari makan tengahari bersama Mr Ravi (Tukang cetak buku saya), kami sembang santai di pejabat. Tiba terdengar bunyi orang menjerit kegilaan.... ingatkan budak menangis! Bila saya selak tirai tingkap pejabat dari tingkat satu, saya dapati seorang dari tiga penyamun sedang menarik seorang wanita keluar dari kereta Mercedes...sambil memegang pedang samurai yang di letakkan di leher wanita itu.

Mr. Ravi terus berlari ke bawah cuba untuk membantu... tetapi penyamun berkenaan sudah hilang dari pandangan.

Jantung saya bagaikan injin motor bot laju bergegar! Si penyamun durjana terus melarikan kereta wanita tersebut dengan lajunya...dan saya perhatikan penyamun yang duduk di tempat duduk belakang menyelongkar beg tangan mangsa dengan rakusnya. Mercedes berkenaan kemudian diekori oleh sebuah kereta proton perdana berwarna gray. Oleh kerana kejadian agak pantas berlaku, saya tak sempat merakam atau mengecam apa-apa. Aduh! sedangkan di meja saya ada videocam. Yelah, bila dah kelam kabut susah nak bertindak sebetulnya.

Selepas itu, saya pun turun melihat-lihat keadaan wanita berbangsa Cina itu....dalam keadaan mengeletar tubuhnya. Mr. Ravi meminjamkan telefon bimbitnya kepada wanita malang tersebut bagi menghubungi pihak Polis.

Siang pun kena rompak...malam apalagi!

Sunday, July 5, 2009

Mengumandangkan kemanfaatan kepada manusia


Hepi Andi Bastoni adalah penulis buku belajar dari dua Umar. Buku yang saya terbitkan pada bulan april 2008, kini sudah diulang cetak empat kali. Saya masih meminang beliau agar menulis lagi tentang konsep yang sama. Alhamdulillah, pada pertemuan di Hotel Seri Varita, Jakarta baru-baru ini beliau menerima pinangan saya. Beliau menyerahkan skrip baru yang bertajuk "Belajar Dari Perang Uhud". Insyallah, buku ini dalam proses alihbahasa dan akan diterbitkan September mendatang.Beliau seorang yang sangat terbuka dan ramah, senang diajak berbincang. Beliau yang juga merupakan Ketua Pengarang di majalah Al-Mujtama' sangat bebesar hati bekerjasama dengan kami.

Saya juga mencadangkan agar beliau menulis tentang sirah perang-perang yang ada pada zaman Nabi Saw dan zaman para sahabat secara bersiri.

Mudah-mudahan kami dikira pejuang-pejuang Islam yang mengumandangkan kemanfaatan kepada manosia. Iaitu, dengan berkarya dan menerbitkannya. Yang menggadaikan hari-hari demi meninggikan kalimah Allah. Ameen...




Dari kiri: Annual Bakri, Hepi Andi dan saya

Friday, July 3, 2009

Berubahlah, agar hidup terus hidup!


Kadang hidup yang main-main tak memadai dengan jerih payah mendapatkan hidup. Keliling-kelalang orang masih hidup dengan main-main. Tak tahu tujuan sebenar hidup, bagaimanakah menjadi manusia yang bukan main. Kita arah begini, dia pusing ke sana....bingung ya! Hidup yang tidak ditatang akan ditentang kehidupan hidup.

Maka, terjadilah sekian banyak manosia yang kita saksikan tak tentu hala. Putus asa, kecewa... bila ditegur jadi barah pekasam masam. Bahkan, boleh jadi bunuh diri, semangat mati hanya kerna alasan kenit saja. Hiduplah dengan hidup, agar bangsa tidak jadi buih di laut. Disepak tendang sana sini.

Ayuh! kawan-kawanku... kita sama-sama bernafas, akan lebih mulia nafas orang yang faham tujuan hidupnya.

Wednesday, July 1, 2009

Jakarta On The Macet...

Berada di Kota Jakarta buat julung kalinya membuat saya rasa begitu teruja untuk ke destinasi lain selepas ini. Suasana samar daripada asap kenderaan dan rokok gudang garam kadang membuat rasa lemas, tapi seronok. Wanita mendukung anak sambil menghulur tangan meminta, penjual akhbar yang membodek, kanak-kanak jalanan yang tak bersandal sering kelihatan disana-sini. Aduh! insaf dibuatnya. Kata kawan saya yang berwarganegara Indonesia, kota ini dihuni pada siangnya oleh 20 juta orang dan malamnya 12 juta orang.

Ketika dalam perjalanan dari airport ke kota Jakarta, kelihatan patung-patung pemimpin Indonesia yang terdahulu. Saya bersuara, kalau di Malaysia tak boleh ni....Tugu negara pun kami bantah! Pak supir kami diam sambil tersenyum. Yang paling tak seronok... dari airport sampailah ke hotel penginapan kami (Hotel Seri Varita, yang terletak di Kramat Raya, Jakarta) jalannya macet bangat… (sesak daa...JAMM). Kami sepatutnya menginap di asrama haji jalan Kwitang, tapi kawan yang menguruskan tu kata dah penuh. Kat situ murah sikit dan lokasinya dekat jalan, mudah mendapatkan transport… PAK! Bersama rombongan saya ada seorang kawan yang saya baru kenal dia. Nama dia abang Idris... badan dia ni besar sikit...ehh... besar banyak! Saya kesian tengok dia, bila nak ambik taksi kena berjalan kaki terhoyong hayang. Abang Idris ni kelakar orangnya... dia bekas pekerja Idris Jala (Bos Malaysian Airline System). Dia suka bercerita tentang pengalaman dia semasa berada di negara orang. Banyaklah negara yang dah dia pergi… antaranya london, Paris, Armterdam..."Aku masa ke London dulu, bila jumpa orang Malaysia... dorang tanya..."Urusan bisnis ke?" aku cakap, taklah…dapat tiket free! ‘Aku terus terang je..., buat apa nak menipu, kata abang Idris.

Makan malam yang pertama, saya dan kawan-kawan makan di Restoran Abu Nawas, sajiannya kesukaan saya... kambing bakar! Kami sembelih setengah ekor... he he! Tapi ada pulak yang nak kari...! Aduii.... apehal pulak mamat ni..! Nak kari tunggu la balik Malaysia.. pi la restoran maju ahmad ka! Rufi Maju ka!. Sempat juga saya bergambar di Restoran Abu Nawas yang ada suasana arab nya, buat kenang-kenangan.

santai... cadang nak makan bersila kat sini, tp demi meraikan abang Idris...kensel!

'Berapa harganya pak? rp876,000.00 (sekitar RM270). Wow! makan lapan orang pun kena ratusan ribu ya? gurau kawan-kawan.

Semasa pulang ke hotel, kami menaiki metrolite (seperti Toyota Unser yang diubahsuai menjadi bas mini). Berhimpit-himpit macam sadin daa…! Tapi tetap gumbira kerna pengalamannya.


Agar memiliki ilmu yang tertinggal...

Ketika berkunjung ke Pesta Buku Jakarta baru-baru ini, saya sangat teruja sekali dengan tema-tema yang ditampilkan oleh setiap syarikat. Mereka membawa satu konsep yang betul-betul kearah menyedarkan dan mencerahkan masyarakatnya dengan ilmu. Contohnya Magfirah Pustaka, menonjolkan tema ANTI BUTA QURAN yang mengalakkan orangramai membeli al-quran terjemahan. Dekorasi gerainya serta penampilan staf yang memakai logo tema yang sama sangat menonjolkan.

Terawal lagi saya rasakan perginya saya ke pesta buku Jakarta ini tidak si-sia. Inilah manfaatnya. Menjambatani masyarakat kepada ilmu rasanya bukan hanya kerna buat buku untuk wang semata. Tangungjawabnya besar, membuat saya gelisah yang agar gelisah saya menjadi ibadah.

Kualiti buku terbitan Indondesia usah dibicara lagi...memang best giler! Harga pun memang murah berbanding kita di Malaysia (mungkin faktor kos di sana rendah). Harapan saya agar saya bisa meningkat begitu satu masa nanti... ameeenn! Doakan saya kawan.

Thursday, June 25, 2009

Micheal Jackson telah pergi...

Los Angeles (ANTARA/Reuters) - Michael Jackson, mantan bintang pop yang unggul menjadi Raja Pop dunia yang selama beberapa dekad menggoncang dunia dengan lagu-lagu berirama ceria penuh tarian, meninggal dunia semalam (Khamis) waktu AS di usia ke-50, di Los Angeles seperti dilaporkan Reuters.

"Raja Pop Michael Jackson diumumkan meninggal dunia oleh para doktor petang ini setelah tiba di sebuah hospital dalam keadaan koma..

Jackson didapati menderita sakit di rumahnya dan didiagnosis tidak bernafas oleh para medik yang segera membawanya ke hospital.

Beliau memeluk Islam beberapa tahun lalu dijangka akan mengadakan konsert di London pada 13 Julai 2009. Difahamkan, Michael, 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman seorang rakannya di Los Angeles. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Allah tahu akan segala sesuatu, moga rohmu bersama orang-orang soleh.

al Fatihah...

Lagu ini dedikasi untuk Mikaeel Jackson

Lagu kami...

SEMUA orang sukakan hiburan. Malah ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan keresahan. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.

Walau tak seenak mana ketik gitarku ini dan tak semerdu mana lantunan irama saudara Anbakri, namun inilah hiburan jiwa yang kami munculkan. >>Menggilai tuhan yang satu, seru kami! (wala khaufun alaihim wala hum yah zanun) Ya...hiburan yang masih membangunkan kita solat subuh berjamaah...ahh!

" Mamak, kasi apom dua... te-o satu...! maca, sini ada mussola? "

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Tuesday, June 23, 2009

Bertukang Buku...


1>> KISAH DARI RASULULLAH: Isinya dikutip secara terpilih justeru mengambilnya langsung dari lisan Nabi SAW – menjadikan buku ini tidak lagi bertaraf biasa. Jauh dari bercirikan sebuah antologi cerpen, ia (buku ini) membakar kasturi lampau dari himbauan kisah-kisah “live” yang semerbak sejak dari awal. Lebih luar biasa apabila ia diceritakan sendiri oleh Rasulullah SAW dan ditukangi sendiri kerja-kerja awal kelahirannya oleh seorang ulama’ tersohor bernama Ishak Bin Baharom.

2>> SOAL JAWAB ISU-ISU MENCABAR:
Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian yang bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama’ tersohor iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Shamsudin selaku bekas yang di Pertua Persatuan ulama’ Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya.

Sunday, June 14, 2009

Awasi penyebar fitnah di tengah jamaah


Gerakan Islam yang teguh menghadapi segala tipu daya musuh Islam dari Timur dan Barat mungkin dapat digugat oleh kata-kata dan perbuatan orang munafik yang mengembangkan fitnah di tengah jamaah. Iaitu sama seperti yang berlaku dalam sejarah Islam masa lalu. Mereka berjaya meniupkan fitnah permusuhan, mencetuskan perselisihan di kalangan para jamaah. Mereka-cipta hal yang tidak wujud. Oleh itu, berwaspadalah.
- Al-Ustaz Fathy Yakan dalam bukunya ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’.

Ulasan:
Diantara hikmah diharamkan BONEKA adalah agar tauhid (aqidah) kaum muslimin tetap terjaga dan umat terhindar dari menyerupai kaum penyembah berhala yang membuat BONEKA@patung kemudian mereka agung-agungkannya yang lambat-laun berubah menjadi dipertuhankan.

Kemudian lain pula halnya dengan si pembuat BONEKA@patung, agar tidak terperdaya dan merasa bahwa dirinya mampu membuat BONEKA yang tadinya belum ada atau seolah-olah merasa dirinya dapat menciptakan BONEKA hidup dari tanah.
Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa jika BONEKA-BONEKA yang tidak tampak adanya maksud untuk menganggungkan, tidak ada unsur kemegahan, maka Islam sama sekali tidak mempersempitnya dan tidak memandangnya sebagai dosa. Seperti permainan untuk kanak-kanak dalam bentuk binatang-binatang dan lainnya. Karena semua itu rendah nilainya dengan dijadikan permainan dan hiburan bagi anak-anak.

Ummul Mukminin Aisyah berkata,"Saya biasa bermain-main dengan boneka di sisi Rasulullah saw dan teman-temanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka itu karena takut kepada Rasulullah saw. Akan tetapi Rasulullah saw suka dengan kedatangan mereka itu kepadaku, lalu mereka bermain-main denganku." (HR. Bukhari Muslim)

Jadi, sesiapa yang sudah menjadi BONEKA atau telah dilabelkan sebagai BONEKA, pilihlah mahu menjadi BONEKA untuk kanak-kanak atau menjadi tempat sembahan/pujian.

>>>Kami akan terus berjuang!, sampai bila kita rela menderita kekalahan dan kehinaan??

Thursday, June 11, 2009

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan-Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."


Ulasan:

Hanya beberapa watak sahaja yang dapat merasai nikmatnya kerajaan perpaduan yang di war warkan. Merekalah orang yang faham dan sangat menyelaminya, yang lain dok tahu amende...! Coba anda bayangkan... bayangkan?

Muktamar PAS >> Letih mengesat peluh...!


Muktamar PAS bukanlah seperti Pesta Buku Antarabangsa KL. Juga tidak semeriah Read Malaysia 09. Ianya tempat bermesyuarat para-para muktarmirin yang berjuang atas nama Islam untuk menegakkan Daulah Islamiah di bumi Malaysia. Tapi bagi saya sebagai penerbit buku@peniaga buku di Muktamar hanya ingin melihat budaya baru dalam pengurusan muktamar. Mungkin tidak untuk kali ini.

Penganjur harus menilik, bukan bedah siasat tapi tukar format penganjuran yang lebih sempurna (belajarlah dengan yang lebih tahu). Inilah sifir yang sangat mudah. Banyak sangat kelemahanya, hingga kipas pun tidak dibekalkan. Letih mengesat peluh...!

Tapi kami juga pejuang...yang mempersembahkan roh hanya untuk Allah takkan bersedih hanya kerna peluh. Barangsiapa yang mendambakan darah mengalir dari pungungnya, ia tidak akan menangis hanya kerna darah keluar dari kukunya.

"Lihat Dunia Dari Mata Burung Atau Dari Dalam Tempurung, Tanya sama itu Hud Hud "

Tuesday, June 2, 2009

Korek longkang...



Dakwah adalah satu kerja yang berterusan, bukan kerja part time tapi full time punya kerja. Bila ia sudah menjadi begitu barulah dunia aman damai. Aku dan buku, buku dan aku serupa. Aku terbit buku>dakwah, ustaz berceramah >dakwah. Kalau dakwah berhenti, umpama longkang yang tersumbat...airnya akan busuk. Maka, apalagi.. koreklah longkang biar air mengalir laju. Islam akan laju bila jiwa kita ada jiwa dakwah. Bila sebut dakwah ingat jemaah tabligh. Apapun semua usaha kearah dakwah mesti disokong.

Bila berdakwah jangan ingat nak tunjuk terrer, tapi untuk baiki diri. Kalau niat nak tunjuk pandai atau nak betulkan orang lain, maka kesannya akan menipiskan iman. Sebab itulah, Tok-tok guru yang hebat hebat, mereka ini sampai uzur pun mengajar (Berdakwah). Mereka nak jaga ilmu, nak jaga amalan, dsbnya.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
(Surah Fushilat 33)

Monday, June 1, 2009

Kota Buku, yang dah terbuku lama...

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan tentang penubuhan Kota Buku di Kuala Lumpur. Ini berita baik untuk para peminat, penulis, dan penerbit buku di tanah air. Jika benar bagai dikata, Malaysia bakal menjadi satu hab perbukuan. Kota Buku ini bakal menghimpunkan buku-buku (karya asli dan terjemahan) dari seluruh dunia. Ini membuka peluang kepada industri perbukuan Malaysia untuk memartabatkan bisnes buku dan menyemarakkan lagi minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kota Buku ini akan dibina di Kuala Lumpur dan akan menjadi satu lagi mercu tanda Malaysia (mudah-mudahan). Malaysia bakal dikenali sebagai kota ilmu apabila siap terbinanya 'mahligai' ini. Namun, pembinaannya hanya akan bermula pada akhir tahun ini (mungkin saat ini kertas awalannya masih dalam proses penyuntingan). Dan, jika benar bagai dikata, rakyat Malaysia sendiri harus bersedia menjadi warga berilmu tanpa mengira status pekerjaan, latar belakang pendidikan, dan kemampuan ekonomi. Pendek kata, jika negara ini mahu dikenali sebagai 'kota ilmu', minda kita mestilah pada tahap kelas pertama. Kita sewajarnya mencontohi Perancis yang dikenali dunia dengan jolokan 'kota fesyen'. Rakyatnya kaya dengan fesyen pakaian terkini. Perancis meriah dengan festival fesyen yang turut disertai pereka fesyen seantero dunia. Mereka mampu menonjolkan model-model yang mampu membawa imej fesyen mereka ke seluruh pelusuk benua! Itulah Perancis (yang masih kekal dengan bahasa kebangsaannya di mana saja mereka berada) sekalipun mereka merentas dunia! Mampukah Malaysia membawa imej 'kota ilmu' ini seperti mana Perancis dengan 'kota fesyen'nya?

Saya rasa teruja bangat, andai kota buku ini menjadi realiti. Janganlah sampai ada buku yang tak boleh masuk dalam kota buku ni...! (Maklumlah saya banyak terbit buku-buku karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Semoga impian murni TPM dan seluruh penerbit buku menyambut baik usaha ini (walaupun tapaknya masih kosong). Harap harap, maklumat ini benar bagai dikata. Jangan pula jadi seperti Perkampungan Filem yang suatu masa dahulu hebat diperkata, akhirnya impian tinggal impian.

Rasanya penerbit-penerbit buku sudah lama TERBUKU dalam hati wajibnya ada pasar buku, kompleks buku ataupun kota buku ini. Jangan cakap tak serupa bikin!

Takut lari

Ketika Muhammad bin Humaid athusi ikut dalam peperangan melawan pasukan Romawi, dengan tegar ia menebas kepala-kepala mereka dari terbit fajar hingga waktu zohor. Betapa indahnya perjuangan fi sabilillah demi menegakkan agama Allah.

Sahabat-sahabatnya lari tunggang langgang, tetapi ia malu untuk lari kerana syariat mengharamkannya. Lantas, pedangnya patah dan kepalanya menggeliding. kemudian, Abu Tammam mengafaninya denga puisi>>

Ia syahid di antara tusukan dan luka
Kematian yang menjadi kemenangan baginya, meski kemenangan tak diraih
Memakai pakaian kematian dan malam tidaklah menjelang
Melainkan ia sudah mengenakan pakaian dari sutera halus yang hijau