Monday, December 21, 2009

Bila DS Anwar menjerit di depanku, di depanku Dr. Yusuf Al-Qardawi…

DS Anwar (bulatan)

Suasana tegang bila pengawal Masjid berkali-kali menjerit “ bagi laluan, bagi laluan… Syeikh tak sihat”. Saya dengar lagi pengawal masjid memberi arahan kepada sahabatnya, “halang pintu lif”. Apalagi, saya pun berlari anak ke pintu itu. Sehampir saja Syeikh di pintu lif, saya pun mengangkat kemera “klik”, hah! Dapat pun!

Keadaan tak terkawal, tolak-menolak berlaku…, tiba-tiba ada suara menjerit, “jangan tolak!” Agak keras. Saya cam wajah orang yang menjerit itu. Takpelah Dato’ Seri…Dalam hati saya berkata, kalau saya DS Anwar, mungkin saya pun menjerit jugak.

Jarak Syeikh hanya sekaki saja dari saya. Beliau terhoyong hayang akibat tolak menolak yang berlaku oleh jemaah yang ingin mendekati beliau. Wajahnya serius, ya nampak tak sihat.

Ceramah Dr. Yusuf Al Qardawi

Setibanya kami di masjid negeri, (Shah Alam) azan pun berkumandang. Saya bersama 3 sahabat lagi berwuduk dan ke dewan solat. Wah! Ramainya orang. Macam solat jumaat, ujar saya. Usai solat, semua diam. Hah! Boleh pulak diam. Kalaulah saya buat kat surau saya, mesti depa kata saya ni Wahabi. Kah..kah..kah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor). Seterusnya ceramah oleh Dr. Yusuf Qardawi. Antara intipati ceramah beliau adalah,"Hijrah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

Sembang lawan ceramah

Sedang ralit mendengar terjemahan ceramah Dr. Yusuf oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin, saya tersingul YB Saari Sungib yang duduk sebelah saya. Ah! Berbual seketika. Macam biasa, sembang pasal buku lah. Tapi berbisik macam dalam kelam…

Yb Saari berminat dan berjanji nak bagi saya sebuah skrip buku untuk diterbitkan. Beliau kata, nak skrip yang macam mana? Saya cadangkan buku tentang ISA. Judulnya “BELAJAR DARI MANGSA ISA”. Beliau menanggukkan kepala tanda setuju. Saya cadangkan juga agar beliau tulis secara rinci kekejaman yang berlaku terhadap tahanan ISA. Beliau angguk lagi…saya pun diam sambil dengar ceramah.

No comments:

Post a Comment