Tuesday, November 24, 2009

MPHbookstores: Membaca sambil beramal…

En. Zafri (Pengurus promosi MPH) menyerahkan replika cek sumbangan

Jom ke MPHbookstore! cobalah intai buku-buku melayu di Mph bookstore. Anda juga membantu anak-anak yatim bila membeli buku di Mph Bookstore.

Dato’ Anwar Rethwan (Sasterawan Negara) menegaskan penerbit buku swasta adalah digalakkan dalam penerbitan kerana ini membantu DBP dan kerajaan, kata beliau semasa menyampaikan sumbangan MPH Mutiara Minda kepada rumah anak-anak yatim di One Utama, Bandar Utama. Ia hasil sumbangan penerbit dan pembeli buku.

Anwar Rethwan juga mengucapkan tahniah kepada MPHbookstore kerana menyediakan sudut Mutiara Minda yang mana meletakkan buku-buku bahasa melayu. Beliau menyeru agar penerbit-penerbit buku mengambil peluang ini semaksima mungkin dalam penerbitan.

Iman Danial dan Hari Kecemerlangan Pelajar 2009

Mohd Iman Danial (dalam kotak)
Dua tahun berturut-turut Mohd Iman Danial (Anak ke2 aku) menerima hadiah kerna terpilih di antara pelajar cemerlang dalam kelasnya. Mohd Iman Danial (Iman) adalah anak istimewa. Istimewanya sebab, dah darjah tiga masih kencing malam….he he (Iman jangan marah ye..)

Dah besar anak abah. Teringat lagi tika Iman masih sebesar tapak tangan, sering menangis manja. Dan masih nangis manja hingga kini. Jiwanya sensitif. Janganlah cuba memprovok atau mempersendakannya, pasti menitis airmatanya.
Kekadang aku nyanyi lagu raihan “Iman tak dapat warisi…” depannya. Kadang dia suka, kadang dia marah dan nangis. Itulah Iman…

Iman…Iman, abah sayang!