Saturday, May 28, 2011

BerCinta Kerana ALLAH!


SUDAH TERBIT! Tiga perkara, barangsiapa yang di dalam dirinya terdapat tiga perkara ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada segala sesuatu selain keduanya. Dia lebih mencintai (memilih) dilempar ke dalam nyalaan api, daripada kembali kepada (perilaku) kekafiran, setelah diselamatkan Allah darinya. Dia mencintai seseorang, semata-mata kerana Allah. Atau mencintai seseorang di jalan Allah [HR Bukhari 1/10, 12]

Monday, May 9, 2011

Walau susah jangan lupa sedekah...

Miskin tidak bererti hina, mungkin juga ianya kurnia dan tanda cinta dari Allah swt. Hidup sekali, jadilah bermanfaat pada yang lain. Jangan jadikan kemiskinan itu sebagai tembok penghalang untuk bersedekah.
” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).
Bukan sekadar kita boleh bermanfaat pada orang, bahkan manusia aman daripada gangguan mulut dan tingkah kita. Ucapan terpelihara, cermat serta tenang bagi yang mendengarnya. Sehingga lebih banyak bertindak daripada hanya bercakap.

Sedekah tidak hanya menunggu kaya atau memiliki wang yang banyak. Walau sedikit, ia amat besar disisi Allah swt. Jika tiada apapun, maka ucapan yang baik itu adalah sedekah, menyuruh yang makruf itu sedekah malah senyum pun sedekah.