Sunday, February 28, 2010

Rindu sapaan rahmatMu Ya Allah...

{Doa...} Aku mengadu padaMu Allah, ya Rabb!

Betapa kerasnya hatiku, banyaknya dosaku, panjangnya angan-anganku, buruknya amalanku, banyaknya aku mengingkari perintahMu. Kepada engkaulah tempat sebaik-baik aku mengadu wahai Allah, padamu aku minta pertolongan untuk melawan nafsu ini. Tolonglah aku ya Allah, aku bertawwakal padaMu untuk perbaiki diri. Janganlah kau serah aku pada selainMu ya Allah. Jangan jauhkan aku dariMu, dipintuMu aku berdiri, jangan kau halau aku wahai Allah……


Thursday, February 25, 2010

Belajar dari Para Peniaga…

Saya mengiringi Dato' Seri Kadir Sheikh Fadhil (mantan Menteri Sumber Manusia) di satu majlis pelancaran acara mencari pekerjaan, anjuran majikan saya (Recruit Weekly) pada tahun 1996.

Saya manusia biasa. Kita semua sama. Namun, sama-sama batu, ada yang jadi batu permata. Ada harga, tidak wajar dibuang semberono.

Semasa zaman sekolah lagi saya telah dibenarkan oleh abah untuk belajar berniaga. Maka, saya Belajar dari Para Peniaga. Menjadi pembantu pakcik di pasar malam menjual buah-buahan menyeronokkan. Saat itu, saya tahu nilai seringgit, lima ringgit mahupun sepuluh ringgit. Begitulah betapa susahnya abah mendapatkan nilai-nilai bermakna ini. Saya menolong pakcik berniaga bukan sekadar tolong-menolong, kasih berkasihan sesama yang wajib, malah ianya suatu keperluan. Saya belajar darinya. Saya belajar maknanya.

Saya temui berbagai ragam manusia. Sudah tentu saya tidak boleh menggunakan gaya komunikasi yang sama pada semua orang yang saya temui. Ada orang yang jenis pendiam, cerewet, ada yang halus tutur katanya, ada yang kasar dan ada yang sentimental. Untuk menjaga hubungan, saya mesti pandai menempatkan diri. Walaupun berniaga pasar malam tak sehebat menjadi kontraktor membina bangunan besar, namun kejayaan kecil ini menjadi luar biasa pada bisnis masa depan.

* Berniaga kerana Allah adalah yang terjamin!

Tuesday, February 23, 2010

ADAKAH LAZAT SAMA ERTINYA DENGAN NIKMAT?

Terbitan Mac 2010
BERIBADAH SELAZAT COKLAT


Ada tiga jenis kenikmatan di dunia ini:

Jenis pertama adalah yang berkaitan dengan jasad seperti; makan, hubungan seksual dan sebagainya yang terjadi dengan panca indera.

Jenis kedua terjadi akibat khayalan dirinya dan orang selainnya seperti; pujian, penghormatan dan ketaatan kepada-Nya. Itu semua merupakan sesuatu yang nikmat dan dicintai.

Jenis ketiga adalah kenikmatan yang hanya diketahui dengan hati, roh, dan juga akal; seperti kenikmatan berzikir kepada Allah, mengenal Allah dan mengenal kebenaran.

Monday, February 22, 2010

Di mana terhenti...

Terpegun, termenung, terkhayal sejenak. Bilakah sampai waktu dijemput?. Masikah ada waktu terpegun, termenung, terkhayal...? Ke mana kembara terselit kita. Pasrah, di mana terhenti, disitu berhenti. Doa...

Wednesday, February 17, 2010

Perlu ada 5 jadian PTS…

Apabila buku banyak dan pelbagai di pasaran, barulah ramai kaki buku atau ulat terlahir. Maka, perlunya wujud lima lagi syarikat sebesar PTS di Malaysia, ujar Puan Ainon Mohd yang merupakan Pengerusi PTS Publication Sdn Bhd.

Saya sempat singgah di pejabat beliau yang terletak di Batu Caves dan bersembang serta berkongsi belajar perihal dunia penerbitan buku. Saya dan puan Ainon sangat jauh beza dari segi umur dan pengalaman. Tapi, beliau tidak lokek info untuk dikongsi bersama. Menurut puan Ainon, PTS akan menerbit seribu judul setahun. “Biar masyarakat rambang mata bila ke kedai buku, kita kene buat banyak buku”, kata puan Ainon bersemangat. Hingga saya pun naik semangat mendengar beliau kata-katanya.

Walaupun penerbit hanya mendapat keuntungan sekitar 3% sahaja, namun ianya bukan halangan untuk meningkatkan kuantiti terbitan. Beliau menyatakan hasrat berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang mahu. Agar dunia penerbitan Negara berkembang terus.









Nota: Saya kelihatan agak senget, sebab belum siap sedia jurufoto dah snap. Jangan anggap apa-apa tau! hehe

Tuesday, February 16, 2010

Rindu selalu...


Rindu selalu...
Jannah bersama Ummi dan Amanina.

Kesempatan bertemu puteri sulung saya semasa mengambil kad laporan pelajarannya di maanfaatkan bermesra. Wow! cemerlang anak abah... bila saya melihat kad laporan Jannah. Sekarang ni Jannah juga menjadi agen jualan buku Kemilau Publika di Maahad Darul Furqan.

Saya biarkan Jannah belajar dari kehidupan....mengikuti apa yang disekelilingnya.

"Bila anak hidup dengan kritikan, ia akan belajar untuk mengutuk. Jika anak hidup dengan kekerasan, ia akan hidup untuk melawan. Jika anak hidup dengan ejekkan, ia akan belajar jadi pemalu. Jika anak hidup dengan dorongan, ia akan belajar percaya diri. Jika anak hidup dengan tindakkan jujur, ia akan belajar tentang keadilan. Jika ia hidup dengan cinta dan persahabatan, ia akan belajar untuk menemukan cinta di muka bumi ini."

Selamatkan ia, selamatkan!

Banyak kenangan yang terpalit pada tempat yang mana saya pernah belajar perkara tahu dan tak tahu. Namun, saya mengakui hikmahnya. Tempat yang saya maksudkan adalah Galeri buku Nufair. Ia entiti yang sukar menjelaskannya sejak azali adanya premis ini. Saya dihantar ke situ atas sebab tertentu, kalau mahu diceritakan sangat sadis (panjang ceritanya nak…!).

Namun setelah saya berada di situ (Nufair) ia jadi sebaliknya. Inilah yang saya katakan tadi, hikmah. Allah maha tahu tuk yang termampu dan terjangkau oleh seseorang itu.

Saya hindari gelisah>>
Kata hati saya>> siapa kata saya takut! siapa kata saya lemah! Siapa kata saya sempot, kalut. Walau sukar manapun, aku tetap aku. Walau getir manapun saya tetap disini dengan apa yang saya akui. Walau sukar… saya tetapi.

Kini, saya lupakan semua itu. Saya jalinkan apa yang patut, agar manfaat mampu dapat pada saya dan Nufair.

Kenangan; Signboard rekaan saya terpampang hingga kini.

Namun, baru-baru ini bila ada teman mengadu pada saya bahawa Nufair kan ditadbir oleh individu lain, yang mana saya sangat kenal history nya,saya geleng kepala. Saya harap pihak atasan patut fikir yang wajar.

Jangan jadikan Nufair macam Arked Mara. Selamatkan ia, selamatkan.

Saturday, February 13, 2010

Setelahku disentuhi dewasa, aku terus berdoa…

Wahai Allah, kurniakan aku iman dengan Nabi saw. Aku tak pernah lihat baginda saw. Bagi aku lihat baginda saw ya Allah. Tetapkan hati ku ini diatas kecintaan baginda saw. Wahai Allah, jaminkanlah aku agar tetap berada diatas sunnah baginda saw. Matikan aku ya Alllah diatas agama baginda saw. Wahai Allah, jadikan aku didalam kumpulan Nabi saw yang selamat dan berjaya. Wahai Allah , Manfaatkan aku atas apa yang ada dalam hatiku pada mahabbah Nabi saw. Wahai Allah, pada hari yang tiada kemuliaan, tiada pangkat dan harta, tiada guna anak-anak. Wahai Allah sampaikan aku pada telaga kautsar Nabi Muhammad saw, berikan aku minum darinya. Wahai Allah, Mudahkan aku tuk sampai ke masjid haram dan masjid Nabi saw di Makkah dan Madinah. Ya Allah, sebelum kau matikan aku, muliakan aku dapat berziarah di masjid HaramMu dan masjid NabiMu.
Ya Allah aku memohon kepadamu melalui syafaat baginda saw. Bagindalah pemilik syafaat teragung untuk mu. Aku bersumpah padamu wahai Allah, bagindalah manusia teragung yang dapat disumpah dengannya. Aku bertawasul dengan baginda padamu Allah, kerna bagindalah wasilah yang terdekat denganMu.
Aku mengadu padaMu Allah, ya Rabb! Betapa kerasnya hatiku, banyaknya dosaku, panjangnya angan-anganku, buruknya amalanku, banyaknya aku mengingkari perintahMu. Kepada engkaulah tempat sebaik-baik aku mengadu wahai Allah, padamu aku minta pertolongan tuk melawan nafsu ini. Tolonglah aku ya Allah, aku bertawwakal padaMu tuk perbaiki diri. Janganlah kau serah aku pada selainMu ya Allah. Jangan jauhkan aku dariMu, dipintuMu aku berdiri, jangan kau halau aku wahai Allah……wahai Allah, Rabbku jangan hampakan aku, kasihanilah aku, amankan aku dari ketakutan selainMu. Wahai Allah, terimalah amalanku, betulkan hal ehwal ku tika aku sibuk pada urusan dunia. Ya Allah, matikan aku dalam kebaikan. Kelemahan dan kehinaan aku jelas didepanMu…ampunkan aku wahai Allah. Wahai Allah , apa yang kau perintah aku tinggalkannya, yang kau larang kejahatan aku buat. Bantulah jaga aku ini wahai Allah. Tiada yang dapatku pohon melainkan keampunanMu ya Allah. Engkau maha pengampun lagi penyayang.
Ya Allah, dalam sebuah hadis aku mendengar;
"Seorang sahabat bertanya, Ya Rasulullah, bila aku boleh menjadi mukmin yang sebenar? Nabi saw bersabda, bila engkau sudah cinta Allah. Sahabat itu bertanya, bila aku akan cinta Allah? Nabi saw bersabda, bila engkau cinta Rasul. Sahabat itu bertanya lagi, bila aku boleh cinta Rasul? Nabi saw bagitau, bila engkau mengikuti apa yang diajar oleh Rasul dan beramal dengan sunnahnya, dan mencintai dia, engkau marah pada mereka yang Nabi pun marah pada mereka. Engkau sokong pada mereka yang Rasulullah suka. Engkau musuh pada siapa yang Rasulullah musuhi. "
Wahai Allah, lorongkan aku pada jalan yang disebut pada hadis ini. Jauhkan aku dari mereka yang tiada cinta pada Rasulullah, pada mereka membencinya. Ya Allah, beri aku kejujuran dalam cinta padaMu dan RasulMu. RedhoMu dan Rasul aku inginkan, redhokan aku wahai Allah….
Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk kuat berselawat pada Nabi saw. Tak mungkin aku kenal engkau Ya Allah jika Nabi saw tidak kenalkan. Wahai Allah, cukupkan cinta sempurnaku pada Nabi saw. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Friday, February 12, 2010

Para Peminang Bidadari...

Sudah terbit!
Penulis: Atriza Umar
Harga: RM15.00

Buku ini adalah darihal para syuhada’. Kisah mereka yang handal disisiNya ada keajaiban. Mereka bukannya watak rekaan dan bukan juga watak dongeng fiksyen yang hanya menjadi penenang anak-anak tidur.
Mereka adalah pejuang yang dijadikan contoh terbaik melawan kemunafikan dan kekufuran nyata. Menjulang syahadat dan persaksian diri mereka sebagai seorang muslim.

Buku yang berada di tangan anda ini memaparkan potret orang-orang yang berjuang sepenuh jiwa raganya dalam usaha menegakkan dan membela agama Allah.

Dalam buku ini juga penulis menyajikan gambaran nyata tentang kesungguhan para sosok merealisasikan amalan Islam yang teragung yang disebut dengan jihad.

Nota: Dapatkan disemua rangkaian kedai buku MPH, Popular, Gramedia, SMO (Pantai timur) & kedai buku berhampiran anda!


Thursday, February 11, 2010

Setelah kau sentuhi...

Apabila seseorang telah disentuh umur dewasa, Allah SWT memberikan kurnia hikmah dan kebijaksanaan sehingga kelihatan padanya berbagai ketaatan dan menujukkan hatinya kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah SWT: " Dan setelah menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan kepadanya hikmah dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memberi balasan bagi orang-orang yang melakukan kebajikan. " (Al Qashash, ayat 14)









Nikmat pemberian-Nya...(Marwan al-Adib & Nur Amanina)

Jangkauan umur 40 tahun adalah memang umur dewasa, saya menuju itu. Harap dimana hikmah meresap dalam diri, insyaallah. Namun, waktu untuk bersyukur atas nikmat, sekaligus siap-siap untuk berlari menuju Allah SWT harus ada. Saya hampir disentuhi waktu itu.

Setelah di sentuhi…saya berdoa-doa. Terus berdoa. Sahabat, tolonglah doakan saya agar kekal terjangkau dalam perjuangan ini.

Nota: Imam Syafie khabarnya bertongkat tika berumur 40.

Monday, February 8, 2010

Ibunda Hajar; Kekuatan cinta, Iman...

Sudah dipasaran!
Judul: IBUNDA HAJAR
Penulis: Dedi Ahimsa
Harga: RM15.00

Siti Hajar adalah seorang wanita biasa yang akhirnya meninggalkan sejarah yang luar biasa. Hasil sejarah daripada kisah Siti Hajar ini menjadikan kawasan tanah yang dahulunya tandus kini menjadi tempat tumpuan umat Islam di seluruh di dunia (Mekah). Sehingga kini juga kedinginan air telaga zam-zam masih dapat dirasai dan tidak putus-putus membawa nikmat kepada seluruh umat Islam.
Selagi nafas masih berhembus, selagi dada masih bergetar, selagi kalimah Allah masih bersambung di muka bumi ini, maka dengan itu juga kisah Siti Hajar terus menerus akan melekat di sanubari umat Islam sebagai ikon wanita Islam yang begitu dicemburui keteguhan Imannya.
Walaupun diduga dengan seribu rintangan dalam melestari cintanya terhadap Nabi Ibrahim, pegangannya pada agama Allah tetap utuh dan padu. Begitu juga perasaan dan emosi cintanya pada Nabi Ibrahim bagai obor yang menyala, tetap merah dan tidak pernah terpadam, biarpun terasing jauh di gurun yang tandus.
Demikian rakaman sejarah keutuhan cinta terhadap Allah dan suami. Hajar telah melakarkannya, dan pasti dapat menjadi pedoman untuk setiap insan bergelar wanita.

Nota: Dapatkan disemua rangkaian kedai buku MPH, Popular, Gramedia, SMO (Pantai timur) & kedai buku berhampiran anda!

Friday, February 5, 2010

Tahniah puteriku...


Semalam Jannah rasa tersangat sengal seluruh badan..., luah puteriku (Nurjannah). Kenapa? Saya bertanya… Jannah rasa gementar sangat, rasa macam jantung nak tersembul keluar bila nama di umum dan diminta naik ke pentas tuk menerima hadiah. Oooo.. biasakan lah diri dengan setuasi begini, ujar saya, memberi semangat. Agar kecemerlangan mendatang tidak terkejut dan over emosi.

Nurjannah menerima hadiah kecemerlangan dalam kategori akedemik. Tahniah Jannah! Abah doakan agar jannah terus dan terus dengan mood yang meningkat.

Nurjannah (12thn) adalah pelajar Mahaad Tahfiz Darul Furqan, Gombak.