Thursday, February 25, 2010

Belajar dari Para Peniaga…

Saya mengiringi Dato' Seri Kadir Sheikh Fadhil (mantan Menteri Sumber Manusia) di satu majlis pelancaran acara mencari pekerjaan, anjuran majikan saya (Recruit Weekly) pada tahun 1996.

Saya manusia biasa. Kita semua sama. Namun, sama-sama batu, ada yang jadi batu permata. Ada harga, tidak wajar dibuang semberono.

Semasa zaman sekolah lagi saya telah dibenarkan oleh abah untuk belajar berniaga. Maka, saya Belajar dari Para Peniaga. Menjadi pembantu pakcik di pasar malam menjual buah-buahan menyeronokkan. Saat itu, saya tahu nilai seringgit, lima ringgit mahupun sepuluh ringgit. Begitulah betapa susahnya abah mendapatkan nilai-nilai bermakna ini. Saya menolong pakcik berniaga bukan sekadar tolong-menolong, kasih berkasihan sesama yang wajib, malah ianya suatu keperluan. Saya belajar darinya. Saya belajar maknanya.

Saya temui berbagai ragam manusia. Sudah tentu saya tidak boleh menggunakan gaya komunikasi yang sama pada semua orang yang saya temui. Ada orang yang jenis pendiam, cerewet, ada yang halus tutur katanya, ada yang kasar dan ada yang sentimental. Untuk menjaga hubungan, saya mesti pandai menempatkan diri. Walaupun berniaga pasar malam tak sehebat menjadi kontraktor membina bangunan besar, namun kejayaan kecil ini menjadi luar biasa pada bisnis masa depan.

* Berniaga kerana Allah adalah yang terjamin!

No comments:

Post a Comment