Sunday, March 28, 2010

Pelancaran buku lancar…

Dato' Kamaruddin berucap sebelum melancarkan buku

Majlis pelancaran buku “Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhamad, Polemik Kalimah Allah & Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz” yang berlangsung di PWTC baru-baru ini meriah serta mendapat sambutan. Pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) yang juga pengerusi IKDAS.

Turut hadir pada majlis tersebut Dato’ Mokhtar Petah selaku penulis buku Wasiat perjuangan Zulkifli Muhd, dan Ustaz Wan Ji Wan Hussin selaku penulis buku Polemik kalimah Allah dan Kezuhudan Umar A. Aziz, Kesederhanaan Nik A. Aziz.

9 Bulan Paling Mendebarkan...

Bakal Terbit! April 2010

Buku ini, cuba memperlihatkan pada kita bagaimana konsep Islam membicara tentang mendidik anak dalam kandungan, seterusnya dari keyakinan bahawa mendidik anak dalam kandungan tidak hanya semata-mata merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan, tetapi merupakan bahagian pelaksanaan, tanggungjawab dan kewajipan dari ibubapa itu sendiri.
Kita tahu bahawa wacana tentang mendidik anak dalam kandungan termasuk dalam wacana yang baru, yang datang pada kita dan dihembuskan oleh angin Barat.

Friday, March 26, 2010

Banjir air, banjir orang...



Kebanjiran orang di pesta buku amat menyeronokan. Tapi bila banjir kilat di pesta buku sangat menakutkan. Semalam (25 Mac 2010), hujan lebat melanda KL. Air sungai gombak yang menyusuri celahan PWTC melimbah naik hingga ke paras bahaya. Amaran berjaga-jaga dari pihak pengurusan PWTC membuat saya risau, lalu mengarahkan anak buah saya agar meletakkan buku di tempat yang tinggi. Berdasarkan sembang-sembang saya bersama pakcik guard PWTC, dewan Tun Razak 2 memang selalu dimasuki air bila hujan lebat.

Adui... ini kena minta rebat dari penganjur. Laluan ke TR2 juga terpaksa ditutup untuk pengujung. Tapi setelah jam 7.00 malam keadaan stabil, air yang dijangka naik sudah mulai surut, alhamdulillah..

Harap-harap tiga hari mendatang ini akan kebanjiran pengunjung.

Sunday, March 21, 2010

Pesta Buku ini...


Bila dah seberang sungai, memanglah jauh. Kena berenang untuk ke sana. Kalau kamu mahu, marilah berenang ke seberang. Jika tidak, duduk diam diam disitu.

Seberang sungai (Dewan tun Razak 2) lokasi yang memang tak enak. Tahun mendatang dan seterusnya saya tak akan memilih tempat ini. Sedayanya saya elakkan. Jika saya ada enam orang anak untuk di bawa menjelajah ke pesta buku, pasti seberang sungai bukan tempat pilihan saya.

Memenatkan, urat kaki bagai tersimpul kait jika anda berjaya sampai ke seberang sungai dengan jayanya. Bagi anda yang berjaya sampai, bersyukurlah, kerna anda seorang yang hebat.

Tuesday, March 16, 2010

Hitam putih kehidupan ini…

Tulus dalam hidup adalah kejayaan sebenar. Apapun yang kita kerjakan, mesti buat dengan tulus. Ulama terdahulu sangat mengambil berat sumber rezeki, kerna itu sangat mewarnai keperibadian seseorang…, maka berhati-hatilah. Saya dan kita semua.

Monday, March 15, 2010

Mendekatkan anda padaNya...

Dari pesta buku Islam Indonesia ke pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. Setuasinya pasti sama, macet (sesak) dek penagih ilmu. Keadaan ini amat dialu-alukan oleh saya (kami) sebagai pempamer. Logiknya bila ada trafik (ramai orang), maka jualan pun meningkat. Meriah. Bersepah. Tahun ini saya tidak mengambil acara pentas, sebab figure yang diundang tidak memberi tarikh pengesahan. Maka, jalan selamat diambil agar tidak ada kerisauan, gelisah.

Lokasi gerai Kemilau Publika tahun ini berada di seberang sungai (dewan Tun Razak 2), nombor gerai F14 & F15. Pastikan anda sempat melewati kami. Diskaun menarik ada, pasti ada. Sila lawati laman sesawang kami http://www.kemilau.com.my/ untuk mendapatkan kupon diskaun. Setiap pembelian RM50 keatas akan mendapat paper bag percuma (gratis) dari kami.

Saturday, March 13, 2010

Dekatnya Kematian...

Syurga merupakan tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang tak dapat dibayangkan oleh mata. Watak sebenar manusia, ia takkan mahu berkorban jika tiada harapan balasan yang diperolehinya. Untuk itu, berharap syurga dan terhindar dari neraka, boleh menjadi pemicu tegarnya keimanan.
Bahkan, untuk mempertahankan ketegaran iman para sahabatnya, Nabi saw sering mengingatkan mereka dengan kenikmatan syurga. Ketika mengetahui siksaan yang dialami oleh keluarga Ammar bin Yasir, beliau mengatakan, ”Bersabarlah wahai keluarga Yasir, tempat kamu semua nanti di syurga.”
Sebaliknya, ketika mengingat dahsyatnya azab dari Allah, akan menyedarkan manusia bahwa seberat apa pun ujian di muka bumi ini tidaklah seberat jika dibandingkan dengan azab di akhirat kelak. Allah menggambarkan salah satu bentuk dahsyatnya siksaan di neraka dengan firman-Nya,

Setiap kali matang (hancur) kulit-kulit mereka (penghuni neraka jahanam), Kami ganti dengan kulit-kulit yang baru agar mereka merasakan siksaan,” (QS an-Nisa: 56).

Monday, March 8, 2010

Tak mampu keajaiban...


Nabi saw bersabda, "Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka." (HR Imam Ahmad, at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Bila Rasulullah sudah berdoa begini untuk saya dan kita semua, maka keberkatan menyusul pada kita yang berbisnis, bertani, membaca, menghafal, berjihad dan semua yang baik. Solat subuh adalah kunci. Orang yang lalai solat subuh berjamaah adalah orang yang pemalas. Ia juga kayu pengukur sifat kemunafikan.

Alhamdulillah, Islamic Bookfair 2010 di Jakarta memang mengujakan. Macet (sesak) adalah lumrah bagi rakyat Indonesia.Negara yang ke 4 di dunia punyai penduduk teramai. Banyak judul baru yang menarik. Kunjungan saya kali ini saya coba mendekati Mirqat Publishing, antara penerbit unggul di Indonesia. Insyalah kerjasama akan ada. Selain Mirqat, saya juga telah membeli naskah dari Arafah Group Publishing, juga penerbit besar.

Moga cita-cita saya sukses dan mendapat redho Allah Swt. Harap teman-teman dapat mendoakan saya. Sebagai penerbit kecil lagi muda, saya mahu belajar segalanya. Saya insan biasa tak mampu keajaiban.

Sunday, March 7, 2010

Perhatianku beralih…


Walaupun pesawat bergoncang kuat, jantung bagai digegarkan, namun semangat saya membara. Saya tidak menyalahkan awan, tidak juga menyalahkan mendung yang membuat pesawat goncang. Kerna awan dan mendung bukanlah musibah. Tatkala, sebelum saya naik pesawat, awan dan mendung udah ada disitu. Namun, ada yang mengusik rasa hati saya. Rasa-rasa yang membuat saya suka, minat padanya. Alihan tumpuan saya hanya padanya, mahu dapatkannya. Mengapa? entahlah.

Saya serahkan pada Allah, agar ianya datang sendiri. "Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya." (An-Nahl: 1)

Bila ia datang. Saya akan katakan, "mari kesini hampir, saya mahu". Dari jauh saya datang, bukan hanya mahu bertanya. Saya mahu terus. Cash kan ia untuk saya. Saya tak mahu memetik buah yang belum matang.... menjauhi samar-samar. Tetapi, walaupun rasa ini adalah kebahagiaan dan keindahan, tapi ia masih lagi dialam ghaib, belum menyentuh dunia.

Saya mahukannya seperti mereka yang pernah. Ya Allah, hambamu ini sering tertekan dengan rasa ini. Rasa-rasa yang sangat dalam rasanya. Itu cita-cita saya, bukan anganan. Berawal dari saya kenal rasa ini, saya sering kalah. Oleh itu, lagi sekali...biar ia datang sendiri.

Thursday, March 4, 2010

Belajar dari yang lebih tahu…

Berjalan, menyeberang, menjelajah ke suatu setuasi yang baik adalah idaman saya. Dan idaman semua. Menjadi penerbit buku bukan mudah, kerna perlu ada ramai kenalan dan rangkaian. Apa yang saya perhatikan dalam dunia penerbitan, mereka yang punyai kenalan dan rangkaian akan sukses. Saya belajar itu. Saya mahu itu.

Maka, saya cuba melihat sesuatu yang ada di seberang (Indonesia). Saya mahu dari mereka. Mereka sahabat saya.

Tapi, saya mahu dapatkan ia kerana Allah. Cita-cita kerana Allah, bukan kerna yang lain.

Kata hikmah, “Siapa yang cita-citanya hanya untuk syahwatnya dan mencari kenikmatan hidup semata, maka banyak kegagalan akan ditemui, terserlahlah kekurangan dan keaiban.”

Nota: Imam Nawawi meninggal dunia tika umur 40 tahun dan meninggalkan warisan penulisan yang sangat besar.

Tuesday, March 2, 2010

Usah dipupus ia...

Hadapkan wajah hanya untuk Allah. Hidup adalah pemberian dari yang maha memberi. Dia juga yang berkuasa mengambil kembali. Dialah ALLAH, rabb yang mengatur hidup kita. Cintailah dia, rinduilah dia. Rasa-rasa itu (cinta & rindu) usah dipupus ia. Nikmati keharuman di laman keasyikanNya…Subhanallah!

Islamic Book Fair 2010 Jakarta

Monday, March 1, 2010

Belajar Dari Perang Khandaq

Terbitan Mac 2010

Percubaan Menembusi Parit
Rasulullah saw dan kaum Muslimin tetap berada di Madinah, sedangkan pihak musuh terus mengepung mereka. Namun perang tidak meletus. Beberapa tentera berkuda Quraisy, antaranya Amr bin Abdu Wudd, Ikrimah bin Abu Jahal daripada Bani Makhzum, Hubairah bin AbuWahb daripa da Bani Makhzum, dan Dhirar bin Khathab bin Mirdas saudara Bani Muharits bin Fihr bersiap-sedia untuk berperang dan keluar dengan menunggang kuda. Ketika berjalan melewati kampung-kampung Bani Kinanah, mereka berkata, “Wahai Bani Kinanah, bersedialah kalian untuk berperang. Pada hari ini kalian akan tahu siapa sesungguhnya pasukan berkuda itu.”

Selesai berkata begitu, orang Quraisy tersebut berlari kencang dengan kuda-kuda mereka hingga tiba di tepi parit. Ketika melihat parit, mereka berkata, “Demi Allah, ini tipu muslihat yang tidak pernah dibuat oleh orang Arab.”