Thursday, June 11, 2009

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan-Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."


Ulasan:

Hanya beberapa watak sahaja yang dapat merasai nikmatnya kerajaan perpaduan yang di war warkan. Merekalah orang yang faham dan sangat menyelaminya, yang lain dok tahu amende...! Coba anda bayangkan... bayangkan?

Muktamar PAS >> Letih mengesat peluh...!


Muktamar PAS bukanlah seperti Pesta Buku Antarabangsa KL. Juga tidak semeriah Read Malaysia 09. Ianya tempat bermesyuarat para-para muktarmirin yang berjuang atas nama Islam untuk menegakkan Daulah Islamiah di bumi Malaysia. Tapi bagi saya sebagai penerbit buku@peniaga buku di Muktamar hanya ingin melihat budaya baru dalam pengurusan muktamar. Mungkin tidak untuk kali ini.

Penganjur harus menilik, bukan bedah siasat tapi tukar format penganjuran yang lebih sempurna (belajarlah dengan yang lebih tahu). Inilah sifir yang sangat mudah. Banyak sangat kelemahanya, hingga kipas pun tidak dibekalkan. Letih mengesat peluh...!

Tapi kami juga pejuang...yang mempersembahkan roh hanya untuk Allah takkan bersedih hanya kerna peluh. Barangsiapa yang mendambakan darah mengalir dari pungungnya, ia tidak akan menangis hanya kerna darah keluar dari kukunya.

"Lihat Dunia Dari Mata Burung Atau Dari Dalam Tempurung, Tanya sama itu Hud Hud "