Tuesday, November 24, 2009

MPHbookstores: Membaca sambil beramal…

En. Zafri (Pengurus promosi MPH) menyerahkan replika cek sumbangan

Jom ke MPHbookstore! cobalah intai buku-buku melayu di Mph bookstore. Anda juga membantu anak-anak yatim bila membeli buku di Mph Bookstore.

Dato’ Anwar Rethwan (Sasterawan Negara) menegaskan penerbit buku swasta adalah digalakkan dalam penerbitan kerana ini membantu DBP dan kerajaan, kata beliau semasa menyampaikan sumbangan MPH Mutiara Minda kepada rumah anak-anak yatim di One Utama, Bandar Utama. Ia hasil sumbangan penerbit dan pembeli buku.

Anwar Rethwan juga mengucapkan tahniah kepada MPHbookstore kerana menyediakan sudut Mutiara Minda yang mana meletakkan buku-buku bahasa melayu. Beliau menyeru agar penerbit-penerbit buku mengambil peluang ini semaksima mungkin dalam penerbitan.

Iman Danial dan Hari Kecemerlangan Pelajar 2009

Mohd Iman Danial (dalam kotak)
Dua tahun berturut-turut Mohd Iman Danial (Anak ke2 aku) menerima hadiah kerna terpilih di antara pelajar cemerlang dalam kelasnya. Mohd Iman Danial (Iman) adalah anak istimewa. Istimewanya sebab, dah darjah tiga masih kencing malam….he he (Iman jangan marah ye..)

Dah besar anak abah. Teringat lagi tika Iman masih sebesar tapak tangan, sering menangis manja. Dan masih nangis manja hingga kini. Jiwanya sensitif. Janganlah cuba memprovok atau mempersendakannya, pasti menitis airmatanya.
Kekadang aku nyanyi lagu raihan “Iman tak dapat warisi…” depannya. Kadang dia suka, kadang dia marah dan nangis. Itulah Iman…

Iman…Iman, abah sayang!

Saturday, November 21, 2009

Kewangan DBP membimbangkan...

Peruntukan kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini agak membimbangkan setelah kerajaan memotong bantuan kepada DBP sebanyak RM30 juta, kata ketua pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Bagaimanapun, Termuzi berjanji, DBP sebagai badan utama untuk mengembangkan sastera dan kebudayaan di negara ini, akan terus mendokong usaha membantu persatuan-persatuan lain yang berkongsi misi yang sama.
"Walaupun dalam situasi kewangan yang agak membimbangkan, dipotong RM30 juta, DBP akan terus menyokong semua usaha dan program-program yang melertarikan warisan bangsa," katanya.
Beliau merungut mengenai perkara itu ketika merasmikan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 yang menghimpunkan puluhan penyair dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei malam tadi.
Majlis ramah mesra, apresiasi puisi dan pertukaran pendapat yang bertemakan "Puisi Suara Kemanusiaan" itu dianjurkan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).
Termuzi juga berkata, DBP telah menyokong program-program Pena, termasuk membiayai penerbitan antologi kelolaannya sejak tahun 2005.
"DBP juga akan menyokong pertemuan penyair nusantara ini yang akan berlangsung pula di Brunei Darussalam pada tahun 2010," katanya. (sumber: www.malaysiakini.com/bm)

Monday, November 9, 2009

“Menyukat Solat Diri” buku pilihan Kedai Buku Popular


Menyukat ialah menimbang. Ia mungkin seerti juga dengan kegiatan mengukur atau menghisab. Apabila disebut menyukat solat bermakna buku ini cuba memberi fokus khusus kepada sebarang gerak kerja tumpuan yang berkaitan dengan mengukur kekesanan solat yang ditimbang di dua piring neraca di dasar hati.

Solat yang kacau adalah punca kepada segala kecelaruan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa solat yang tidak patuh kepada sukatan sudu camca yang dipandu oleh pesanan wahyu akan menjauhkan diri dari mendekati dzat-Nya dari hari ke hari.

Info: Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd. Sila lawati www.kemilau.com.my tuk maklumat lanjut.

Nota: Kedai Buku Popular; selalunya kita kurang ambil perhatian kerna kedai buku ini agak keCINAan sedikit. Mana tidaknya, majoriti buku adalah buku bahasa Cina. Itu dulu! kini Popular Bookstore udah lain. Buku-buku melayu, agama senang didapati di sini. Harap teman-teman peminat buku silalah jelajah kedai buku popular berhampiran.

Jakarta; Ada Indonesia Bookfair 2009


Sesuai dengan populasi rakyat yang ramai, begitulah kemacetan pesta buku Indonesia 2009 yang berlangsung di Jakarta Convention Centre, bermula 4-8 Nov. 2009. Suasana seperti diduga, sesak! Tapi kali ini penerbit buku Islam agak kurang menyertai. Ini menyukarkan kami penerbit-penerbit buku Malaysia untuk berdagang buku. Tidak banyak pilihan.

Walau apa pun, buku baru tetap ada. Menarik. Ada juga yang di bawa balik ke Malaysia untuk terbitan. Saya sempat bertemu dengan beberapa penerbit di sana. Respon bapak-bapak penerbit Indon agak menyenangkan, baik dan mudah.