Thursday, June 25, 2009

Micheal Jackson telah pergi...

Los Angeles (ANTARA/Reuters) - Michael Jackson, mantan bintang pop yang unggul menjadi Raja Pop dunia yang selama beberapa dekad menggoncang dunia dengan lagu-lagu berirama ceria penuh tarian, meninggal dunia semalam (Khamis) waktu AS di usia ke-50, di Los Angeles seperti dilaporkan Reuters.

"Raja Pop Michael Jackson diumumkan meninggal dunia oleh para doktor petang ini setelah tiba di sebuah hospital dalam keadaan koma..

Jackson didapati menderita sakit di rumahnya dan didiagnosis tidak bernafas oleh para medik yang segera membawanya ke hospital.

Beliau memeluk Islam beberapa tahun lalu dijangka akan mengadakan konsert di London pada 13 Julai 2009. Difahamkan, Michael, 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman seorang rakannya di Los Angeles. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Allah tahu akan segala sesuatu, moga rohmu bersama orang-orang soleh.

al Fatihah...

Lagu ini dedikasi untuk Mikaeel Jackson

Lagu kami...

SEMUA orang sukakan hiburan. Malah ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan keresahan. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.

Walau tak seenak mana ketik gitarku ini dan tak semerdu mana lantunan irama saudara Anbakri, namun inilah hiburan jiwa yang kami munculkan. >>Menggilai tuhan yang satu, seru kami! (wala khaufun alaihim wala hum yah zanun) Ya...hiburan yang masih membangunkan kita solat subuh berjamaah...ahh!

" Mamak, kasi apom dua... te-o satu...! maca, sini ada mussola? "

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Tuesday, June 23, 2009

Bertukang Buku...


1>> KISAH DARI RASULULLAH: Isinya dikutip secara terpilih justeru mengambilnya langsung dari lisan Nabi SAW – menjadikan buku ini tidak lagi bertaraf biasa. Jauh dari bercirikan sebuah antologi cerpen, ia (buku ini) membakar kasturi lampau dari himbauan kisah-kisah “live” yang semerbak sejak dari awal. Lebih luar biasa apabila ia diceritakan sendiri oleh Rasulullah SAW dan ditukangi sendiri kerja-kerja awal kelahirannya oleh seorang ulama’ tersohor bernama Ishak Bin Baharom.

2>> SOAL JAWAB ISU-ISU MENCABAR:
Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian yang bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama’ tersohor iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Shamsudin selaku bekas yang di Pertua Persatuan ulama’ Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya.

Sunday, June 14, 2009

Awasi penyebar fitnah di tengah jamaah


Gerakan Islam yang teguh menghadapi segala tipu daya musuh Islam dari Timur dan Barat mungkin dapat digugat oleh kata-kata dan perbuatan orang munafik yang mengembangkan fitnah di tengah jamaah. Iaitu sama seperti yang berlaku dalam sejarah Islam masa lalu. Mereka berjaya meniupkan fitnah permusuhan, mencetuskan perselisihan di kalangan para jamaah. Mereka-cipta hal yang tidak wujud. Oleh itu, berwaspadalah.
- Al-Ustaz Fathy Yakan dalam bukunya ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’.

Ulasan:
Diantara hikmah diharamkan BONEKA adalah agar tauhid (aqidah) kaum muslimin tetap terjaga dan umat terhindar dari menyerupai kaum penyembah berhala yang membuat BONEKA@patung kemudian mereka agung-agungkannya yang lambat-laun berubah menjadi dipertuhankan.

Kemudian lain pula halnya dengan si pembuat BONEKA@patung, agar tidak terperdaya dan merasa bahwa dirinya mampu membuat BONEKA yang tadinya belum ada atau seolah-olah merasa dirinya dapat menciptakan BONEKA hidup dari tanah.
Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa jika BONEKA-BONEKA yang tidak tampak adanya maksud untuk menganggungkan, tidak ada unsur kemegahan, maka Islam sama sekali tidak mempersempitnya dan tidak memandangnya sebagai dosa. Seperti permainan untuk kanak-kanak dalam bentuk binatang-binatang dan lainnya. Karena semua itu rendah nilainya dengan dijadikan permainan dan hiburan bagi anak-anak.

Ummul Mukminin Aisyah berkata,"Saya biasa bermain-main dengan boneka di sisi Rasulullah saw dan teman-temanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka itu karena takut kepada Rasulullah saw. Akan tetapi Rasulullah saw suka dengan kedatangan mereka itu kepadaku, lalu mereka bermain-main denganku." (HR. Bukhari Muslim)

Jadi, sesiapa yang sudah menjadi BONEKA atau telah dilabelkan sebagai BONEKA, pilihlah mahu menjadi BONEKA untuk kanak-kanak atau menjadi tempat sembahan/pujian.

>>>Kami akan terus berjuang!, sampai bila kita rela menderita kekalahan dan kehinaan??

Thursday, June 11, 2009

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan-Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."


Ulasan:

Hanya beberapa watak sahaja yang dapat merasai nikmatnya kerajaan perpaduan yang di war warkan. Merekalah orang yang faham dan sangat menyelaminya, yang lain dok tahu amende...! Coba anda bayangkan... bayangkan?

Muktamar PAS >> Letih mengesat peluh...!


Muktamar PAS bukanlah seperti Pesta Buku Antarabangsa KL. Juga tidak semeriah Read Malaysia 09. Ianya tempat bermesyuarat para-para muktarmirin yang berjuang atas nama Islam untuk menegakkan Daulah Islamiah di bumi Malaysia. Tapi bagi saya sebagai penerbit buku@peniaga buku di Muktamar hanya ingin melihat budaya baru dalam pengurusan muktamar. Mungkin tidak untuk kali ini.

Penganjur harus menilik, bukan bedah siasat tapi tukar format penganjuran yang lebih sempurna (belajarlah dengan yang lebih tahu). Inilah sifir yang sangat mudah. Banyak sangat kelemahanya, hingga kipas pun tidak dibekalkan. Letih mengesat peluh...!

Tapi kami juga pejuang...yang mempersembahkan roh hanya untuk Allah takkan bersedih hanya kerna peluh. Barangsiapa yang mendambakan darah mengalir dari pungungnya, ia tidak akan menangis hanya kerna darah keluar dari kukunya.

"Lihat Dunia Dari Mata Burung Atau Dari Dalam Tempurung, Tanya sama itu Hud Hud "

Tuesday, June 2, 2009

Korek longkang...



Dakwah adalah satu kerja yang berterusan, bukan kerja part time tapi full time punya kerja. Bila ia sudah menjadi begitu barulah dunia aman damai. Aku dan buku, buku dan aku serupa. Aku terbit buku>dakwah, ustaz berceramah >dakwah. Kalau dakwah berhenti, umpama longkang yang tersumbat...airnya akan busuk. Maka, apalagi.. koreklah longkang biar air mengalir laju. Islam akan laju bila jiwa kita ada jiwa dakwah. Bila sebut dakwah ingat jemaah tabligh. Apapun semua usaha kearah dakwah mesti disokong.

Bila berdakwah jangan ingat nak tunjuk terrer, tapi untuk baiki diri. Kalau niat nak tunjuk pandai atau nak betulkan orang lain, maka kesannya akan menipiskan iman. Sebab itulah, Tok-tok guru yang hebat hebat, mereka ini sampai uzur pun mengajar (Berdakwah). Mereka nak jaga ilmu, nak jaga amalan, dsbnya.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
(Surah Fushilat 33)

Monday, June 1, 2009

Kota Buku, yang dah terbuku lama...

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan tentang penubuhan Kota Buku di Kuala Lumpur. Ini berita baik untuk para peminat, penulis, dan penerbit buku di tanah air. Jika benar bagai dikata, Malaysia bakal menjadi satu hab perbukuan. Kota Buku ini bakal menghimpunkan buku-buku (karya asli dan terjemahan) dari seluruh dunia. Ini membuka peluang kepada industri perbukuan Malaysia untuk memartabatkan bisnes buku dan menyemarakkan lagi minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kota Buku ini akan dibina di Kuala Lumpur dan akan menjadi satu lagi mercu tanda Malaysia (mudah-mudahan). Malaysia bakal dikenali sebagai kota ilmu apabila siap terbinanya 'mahligai' ini. Namun, pembinaannya hanya akan bermula pada akhir tahun ini (mungkin saat ini kertas awalannya masih dalam proses penyuntingan). Dan, jika benar bagai dikata, rakyat Malaysia sendiri harus bersedia menjadi warga berilmu tanpa mengira status pekerjaan, latar belakang pendidikan, dan kemampuan ekonomi. Pendek kata, jika negara ini mahu dikenali sebagai 'kota ilmu', minda kita mestilah pada tahap kelas pertama. Kita sewajarnya mencontohi Perancis yang dikenali dunia dengan jolokan 'kota fesyen'. Rakyatnya kaya dengan fesyen pakaian terkini. Perancis meriah dengan festival fesyen yang turut disertai pereka fesyen seantero dunia. Mereka mampu menonjolkan model-model yang mampu membawa imej fesyen mereka ke seluruh pelusuk benua! Itulah Perancis (yang masih kekal dengan bahasa kebangsaannya di mana saja mereka berada) sekalipun mereka merentas dunia! Mampukah Malaysia membawa imej 'kota ilmu' ini seperti mana Perancis dengan 'kota fesyen'nya?

Saya rasa teruja bangat, andai kota buku ini menjadi realiti. Janganlah sampai ada buku yang tak boleh masuk dalam kota buku ni...! (Maklumlah saya banyak terbit buku-buku karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Semoga impian murni TPM dan seluruh penerbit buku menyambut baik usaha ini (walaupun tapaknya masih kosong). Harap harap, maklumat ini benar bagai dikata. Jangan pula jadi seperti Perkampungan Filem yang suatu masa dahulu hebat diperkata, akhirnya impian tinggal impian.

Rasanya penerbit-penerbit buku sudah lama TERBUKU dalam hati wajibnya ada pasar buku, kompleks buku ataupun kota buku ini. Jangan cakap tak serupa bikin!

Takut lari

Ketika Muhammad bin Humaid athusi ikut dalam peperangan melawan pasukan Romawi, dengan tegar ia menebas kepala-kepala mereka dari terbit fajar hingga waktu zohor. Betapa indahnya perjuangan fi sabilillah demi menegakkan agama Allah.

Sahabat-sahabatnya lari tunggang langgang, tetapi ia malu untuk lari kerana syariat mengharamkannya. Lantas, pedangnya patah dan kepalanya menggeliding. kemudian, Abu Tammam mengafaninya denga puisi>>

Ia syahid di antara tusukan dan luka
Kematian yang menjadi kemenangan baginya, meski kemenangan tak diraih
Memakai pakaian kematian dan malam tidaklah menjelang
Melainkan ia sudah mengenakan pakaian dari sutera halus yang hijau