Monday, December 14, 2009

Hal semalam...


13.12.09 (Ahad) saya bertemu dengan dua sosok yang hebat. Pertama Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), kedua En. Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah) sahabatku.

Bersama Dato’ Tn Ibrahim saya berurusan berkaitan penerbitan buku (apalagi). Saya mendapat persetujuannya untuk menerbitkan karya beliau (masih dalam proses mencari bahan untuk transkrip). Beliau memberi senaskah skrip berbentuk fotostat berjudul “DUA KALIMAH SYAHADAT -Aqidah itu adalah mudah”. Beliau mencadangkan agar diterbitkan bersama catatan beliau. “Buku ni bagus, kawan saya tulis”, katanya. Saya kata “OK” no problem!.
Mudah rasanya berurusan dengan pemimpin yang memudahkan segala urusan. Saya kata begitu sebab, pada mulanya kami berjanji berjumpa di pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut, sebab Dato’ ada mesyuarat di situ. Oleh kerana saya juga ada janji dengan en. Lutfi untuk ziarah beliau di rumah nya di Ampang. Maka, saya ke Ampang. Sedang leka berbual dengan En. Lutfi, Dato’ menelefon saya dan bertanya dimana saya. Saya katakan di Ampang, maka beliau berkata, jumpa di Ampang.Kami bertemu di Masjid Bukit Indah, Ampang. Selesaikan semua urusan di situ. Alhamdulillah!

Perihal sahabatku ini, En. Lutfi, beliau masih lemah. Tapi bersemangat berbual hal pengalamannya melalui proses operasi “bypass” jantung (kalau tak salah gitulah ayatnya). Dijolok di pakal peha hingga ke saluran yang tersumbat. Katanya, Isnin 14.12.09 operasi kedua, selepas operasi pertama dua jumaat yang lalu.

Panjanglah sembang kami. Hingga dia menyebut tentang pembiaya operasinya. Masih kabur, tapi ada sahabat yang prihatin. Dalam RMnya hampir RM50K.

Saya sangat mengambil emosinya untuk pesanan diri. Hal laku kita yang jaya akan dilupakan, yang sedikit buruk kerna kelalaian kita akan di perbahaskan. Saya sentiasa berdoa untuknya, agar sembuh seperti sedia kala.
Sedang aje mengUpload cerita ni, mai sms dari sahabatku Lutfi, berbunyi "Hari ni buat angio kali kedua. Dah buka semua 3 saluran yang tersumbat. Doktor kata petanda bagus, cuma ada satu saluran kurang lancar darah. Boleh bantu dengan ubat. Sabtu cek susulan. Kos hari ni RM30K" Saya balas, "Alhamdulillah, moga lancar semua" (06.38pm/14.12.09)

Buku; Insyallah… catatan hujung En. Lutfi akan diterbit (dibukukan) sedikit masa lagi. Bagi peminat Ahmad Lutfi Othman yang ingin miliki kompilasi tulisan beliau, nantikan terbitannya.

“Yang berperanan, rugi jika hilang. Yang hilang sukar berjumpa lagi”
“Jangan jadi macam ketupat, dianyam penuh seni. Dimakan hanya isi”

No comments:

Post a Comment