Wednesday, July 8, 2009

Pedang samurai di leher...rompak siang hari

Sewaktu pulang dari makan tengahari bersama Mr Ravi (Tukang cetak buku saya), kami sembang santai di pejabat. Tiba terdengar bunyi orang menjerit kegilaan.... ingatkan budak menangis! Bila saya selak tirai tingkap pejabat dari tingkat satu, saya dapati seorang dari tiga penyamun sedang menarik seorang wanita keluar dari kereta Mercedes...sambil memegang pedang samurai yang di letakkan di leher wanita itu.

Mr. Ravi terus berlari ke bawah cuba untuk membantu... tetapi penyamun berkenaan sudah hilang dari pandangan.

Jantung saya bagaikan injin motor bot laju bergegar! Si penyamun durjana terus melarikan kereta wanita tersebut dengan lajunya...dan saya perhatikan penyamun yang duduk di tempat duduk belakang menyelongkar beg tangan mangsa dengan rakusnya. Mercedes berkenaan kemudian diekori oleh sebuah kereta proton perdana berwarna gray. Oleh kerana kejadian agak pantas berlaku, saya tak sempat merakam atau mengecam apa-apa. Aduh! sedangkan di meja saya ada videocam. Yelah, bila dah kelam kabut susah nak bertindak sebetulnya.

Selepas itu, saya pun turun melihat-lihat keadaan wanita berbangsa Cina itu....dalam keadaan mengeletar tubuhnya. Mr. Ravi meminjamkan telefon bimbitnya kepada wanita malang tersebut bagi menghubungi pihak Polis.

Siang pun kena rompak...malam apalagi!

No comments:

Post a Comment