Sunday, August 23, 2009

Buku Asmaul Husna Tok Guru di lancar....

Pelancaran Buku "Dengan Nama-Mu Aku Hidup; Asma ul-Husna" karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ada kelainan, kata seorang pengujung. Bila ditanya, apakah kelaianannya? Beliau berkata, pelancaran buku ini dibuat ditempat pameran buku cina. Yang datang majoriti orang cina, maka saya rasa bangga dan teruja dengan suasana ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Paduka Husam Musa, mewakili Tok Guru yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Dato' Husam dikerumuni media

Dato' Husam berkata, buku berjudul 'Dengan Nama Mu Aku Hidup', karya Nik Aziz, ia sesuai dibaca dan diamalkan seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin politik.

“Semua orang boleh menulis, tapi tidak semua mengamalkan apa yang ditulis. Karya Tok Guru bukan sebarang karya kerana ia lahir daripada hati dan beliau mengamalkan apa yang ditulisnya.

“Dato' Husam juga berharap buku ini dapat diterjemahkan dalam bahasa lain seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan lain-lain untuk dibaca semua kaum,” katanya..

1 comment:

  1. Saya berminat nak baca buku Asmaul Husna tulisan Tuan Guru Nik Aziz ni... Puas cari merata-rata tapi sold out... Kalau berminat nak share atau jual buku ni, saya berminat nak beli... Boleh whatsApp saya 01153521769 (Hafizah)

    ReplyDelete