Wednesday, August 5, 2009

Sebuah Pesan dari makna Asma Allah, juga Pesan Ramadan Orang Soleh

1. Dengan NamaMu Aku Hidup; Asmaul Husna-Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Penulis buku ini tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah dia mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Jika adalah buku yang sehabis terperinci, yang pernah lahir; menyentuh dan berbicara tentang Asma ul-Husna; maka barangkali inilah bukunya.
Harga: RM17.00/RM20.00

2. Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh- Sulthan Hadi

Dengan berhenti dan bermuhasabah, barangkali Ramadan pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna. Inilah penggera yang datang untuk mengejutkan kealpaan insan setiap kali ombak Ramadan berkunjung ke pasir kehidupan. Dalam wajah penasihat yang seramah ini, izinkan buku ini mengambil tempat di rak buku di kediaman tuan. Tidak salah ia menumpang.
Harga: RM17.00/RM20.00

1 comment:

  1. Saya berminat nak baca buku ni... Puas cari merata-rata tapi sold out... Kalau berminat nak share atau jual buku ni, saya berminat nak beli... Boleh whatsApp saya 01153521769 (Hafizah)

    ReplyDelete